Page 20 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 20

(a)  pendaftaran secara ke belakang.

                 (b)  pendaftaran setelah minggu peperiksaan bermula.

                 (c)  pendaftaran kursus prasyarat secara serentak.

           (10)   Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftar oleh pelajar adalah seperti berikut:

                 (a)  Pengajian sepenuh masa

                    tidak melebihi 22 kredit bagi Semester Biasa dan 11 kredit bagi Semester Khas.
                    Bagi pelajar di bawah Tempoh Pemerhatian Akademik, jumlah kredit maksimum
                    yang boleh didaftar oleh pelajar adalah tidak melebihi 15 kredit bagi Semester
                    Biasa dan 9 kredit bagi Semester Khas.

                 (b)  Pengajian separuh masa

                    tidak melebihi 14 kredit bagi Semester Biasa dan 9 kredit bagi Semester Khas.
                    Bagi pelajar di bawah Tempoh Pemerhatian Akademik, jumlah kredit maksimum
                    yang boleh didaftar oleh pelajar adalah tidak melebihi 12 kredit bagi Semester
                    Biasa dan 9 kredit bagi Semester Khas.

           (11)   Walau  apa  pun  yang  diperuntukkan  dalam  subperaturan  di  atas,  jumlah  kredit
                maksimum  yang  boleh  didaftar  oleh  pelajar  (kecuali  bagi  pelajar  di  bawah  Tempoh
                Pemerhatian Akademik) dalam satu (1) sesi akademik adalah seperti berikut:

                 (a)  Pengajian sepenuh masa

                    (i)   50 kredit bagi pendaftaran kursus yang tidak melibatkan Latihan Industri.

                    (ii)  52 kredit bagi pendaftaran kursus termasuk Latihan Industri.

                 (b)  Pengajian separuh masa

                    (i)   28 kredit bagi pendaftaran kursus yang tidak melibatkan Latihan Industri.

                    (ii)  30 kredit bagi pendaftaran kursus termasuk Latihan Industri.

           (12)   Walau apa pun yang dinyatakan dalam Peraturan 7, dalam keadaan tertentu Timbalan
                Naib Canselor yang berkenaan boleh membuat keputusan sebaliknya.

           Struktur Pengajian Ijazah

           (1)   Komponen  kursus  bagi  pelajar  Sesi  Kemasukan  2019/2020  dan  ke  bawah  adalah
                seperti berikut:

                            Komponen                     Peratus
                  Kursus Universiti/Kursus Umum            15% - 20%

                  Kursus Teras                             50% - 60%
                  Kursus Elektif/Minor                     25% - 30%




                                            16
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25