Page 22 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 22

(2)  Guru  bertanggungjawab  untuk  merekodkan  kehadiran  pelajar  bagi  setiap  aktiviti
               pengajaran dan pembelajaran.

           Skim Penggredan

           (1)  Gred rasmi Universiti serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut:

               Marka           Gred      Mata Gred          Maksud
               h
               90.00 - 100.00    A+ A A-    4.00     Amat Cemerlang Cemerlang
               80.00 - 89.99                4.00           Cemerlang
               75.00 - 79.99                3.70
               70.00 - 74.99    B+ B B-     3.30      Kepujian Kepujian Kepujian
               65.00 - 69.99                3.00
               60.00 - 64.99                2.70
               55.00 - 59.99    C+ C        2.30            Lulus Lulus
               50.00 - 54.99                2.00

               45.00 - 49.99    C- D+ D F    1.70      Gagal Gagal Gagal Gagal
               40.00 - 44.99                1.30
               35.00 - 39.99                1.00
               00.00 - 34.99                0.00

           (2)  Semua kursus hendaklah dinilai menggunakan Gred A+ hingga F.

           (3)  Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C.

           Pengurusan Markah dan Gred

           (1)  Markah  dan  gred  kursus  hendaklah  dibentangkan  kepada  Jawatankuasa  Pemeriksa
               dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

           (2)  Markah  dan  gred  muktamad  sesuatu  kursus  bagi  setiap  pelajar  adalah  seperti  yang
               diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksa.

           (3)  Pendaftar bertanggungjawab menyimpan rekod rasmi pelajar dan mengeluarkan kepada
               setiap pelajar keputusan peperiksaan program pengajiannya.

           Mempertingkatkan Prestasi Akademik

           Tertakluk  kepada  struktur  program  pengajian  yang  diikuti  oleh  pelajar  sebagaimana  yang
           diluluskan oleh Senat dan had tempoh pengajian maksimum, pelajar yang telah lulus sesuatu
           kursus boleh memohon untuk mempertingkatkan prestasi akademik seperti berikut:

           (1)  mengambil  Kursus  Elektif,  Kursus  Elektif  Luar  Fakulti*  dan  Kokurikulum  lain  sebagai
               tambahan  dan  mata  gred  bagi  kursus  berkenaan  diambil  kira  secara  kumulatif  dalam
               pengiraan PNGK.

           (2)  Pelajar  yang  telah  memenuhi  keperluan  program  pengajian  boleh  memohon  kepada
               Dekan Fakulti program pengajiannya untuk menangguhkan penganugerahan ijazah bagi
               tujuan mempertingkatkan prestasi akademik dalam tempoh satu (1) minggu selepas tarikh
               pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.


                                            18
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27