Page 21 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 21

(2)   Komponen kursus bagi pelajar Sesi Kemasukan 2020/2021* dan seterusnya adalah
                seperti berikut:


                            Komponen                        Peratus
                  Kursus Universiti/Kursus Umum             10% -
                                                            20%
                  Kursus Teras                              50% -
                                                            60%
                  Kursus Elektif                            25% -
                                                            30%

           Pemindahan Kredit

           Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut-

           (1)  Pemindahan kredit dengan gred.

           (2)  Pemindahan kredit tanpa gred.

           Pengecualian Kursus

           (1)  “Pengecualian Kursus” ertinya pengecualian daripada mendaftar dan mengikuti sesuatu
               kursus  yang  diberikan  kepada  seseorang  pelajar  berdasarkan  kepada  kesetaraan
               kandungan  kursus  yang  dipohon  dengan  pembuktian  pengetahuan  dan  kemahiran
               pelajar.

           (2)  Permohonan     pengecualian    kursus   hanya    dibenarkan    bagi
                 kategori   Kursus
               Universiti/Kursus Umum dan Kursus Elektif.

           (3)  Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
               dikecualikan. Bagi tujuan ini, kursus yang diluluskan untuk pengecualian akan diberi gred
               K1.

           (4)  Sekiranya  pengecualian  kursus  menyebabkan  keperluan  kredit  bergraduat  program
               pengajian  tidak  mencukupi,  kursus  yang  dikecualikan  hendaklah  digantikan  dengan
               kursus lain dari tahap pengajian yang sama.

           (5)  Permohonan pengecualian kursus hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti yang
               akan  mendapatkan  perakuan  jawatankuasa  khas  yang  ditetapkan.  Permohonan  yang
               diperaku hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Senat.

           (6)  Keputusan  permohonan  pengecualian  kursus  pelajar  akan  dimaklumkan  oleh  Dekan
               Fakulti program pengajian.

           Kehadiran Kelas

           (1)  Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas dan mengikuti semua aktiviti pengajaran dan
               pembelajaran.  Pelajar  yang  tidak  menghadiri  mana-mana  kelas  dikehendaki
               memaklumkan  alasan  ketidakhadirannya  kepada  guru  dengan  segera  dengan
               menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.


                                            17
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26