Page 4 - Maklumat Am
P. 4

VISI, MISI DAN NILAI TERAS UNIVERSITI MALAYA

           Visi
           Universiti bertaraf global yang memberi impak pada dunia.

           Misi
           Melangkaui batasan ilmu dan membentuk pemimpin beraspirasi.

           Nilai-Nilai Teras

           Kesungguhan
           Perpaduan
           Integriti
           Keikhlasan
           Empati

           SLOGAN
           Berbakti untuk negara. Memberi impak pada dunia.


                      VISI, MISI DAN OBJEKTIF AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

           Visi
           Keilmuan Pengajian Melayu bertaraf global yang memberi impak kepada dunia

           Misi
           Menjangkau sempadan ilmu memupuk pemimpin berwawasan

           Objektif Penubuhan Akademi Pengajian Melayu

           1.   Mencari,  mentakrif  dan  mengembangkan  ilmu  berdasarkan  kebenaran  yang
                bersendikan akidah Islam.
           2.   Melahirkan ilmuan Pengajian Melayu yang cemerlang dan berjaya secara duniawi dan
                ukhrawi.
           3.   Menyediakan  graduan  dan  ilmuan  yang  cekap,  berinovatif,  beriltizam,  beradab,
                beragama,  berwawasan  dan  peka  terhadap  perkembangan  ilmu  agama  dan  ilmu
                keduniaan.
           4.   Mempertingkatkan serta melengkapkan usaha-usaha pendokumentasian bahan-bahan
                ilmu  berhubung  dengan  Pengajian  Melayu  dan  memasyarakatkan  bahan-bahan
                tersebut.
           5.   Menjadi  pusat  kegiatan  penyelidikan  Melayu  yang  utama  dan  terpenting  di  dunia.
                Merakam, mengumpul, menyimpan, dan memasyarakatkan segala bentuk data tentang
                Pengajian Melayu.
           6.   Menjadi pusat kegiatan Pengajian Melayu yang terunggul di dunia dengan kegiatan
                seminar,  persidangan,  dan  kegiatan  akademik  lain  yang  berhubung  dengan  orang
                Melayu.

           Untuk  mencapai  objektif-objektif  di  atas,  jabatan-jabatan  yang  terdapat  di  APM  telah
           ditubuhkan  dengan  arah  tujuannya  yang  tersendiri  tetapi  bersifat  intergrasi  dan  saling
           melengkapi.








                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9