Page 6 - Maklumat Am
P. 6

JABATAN-JABATAN AKADEMIK
                               DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

           Pada masa ini terdapat empat Jabatan Akademik yang mengendalikan kursus-kursus pada
           peringkat ijazah pertama, iaitu:

              1.  Jabatan Bahasa Melayu
              2.  Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu
              3.   Jabatan Linguistik Melayu
              4.   Jabatan Kesusasteraan Melayu

           1.   Jabatan Bahasa Melayu
                Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional

                Program ini menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus
                bahasa  Melayu  baku.  Antara  kursus  yang  ditawarkan  ialah  Bahasa  Melayu  Tinggi,
                Tatabahasa  Bahasa  Melayu,  Stilistik  Bahasa  Melayu,  Bahasa  dalam  Komunikasi
                Interpersonal,  Sejarah  Perkembangan  Bahasa  Melayu,  Laras  Bahasa  Melayu,
                Semantik  Leksikal  Bahasa  Melayu, Analisis Wacana Bahasa  Melayu,  Pembelajaran
                dan Penguasaan Bahasa Melayu, Leksikografi Bahasa Melayu, Kesantunan Bahasa
                Melayu, Retorik Bahasa Melayu, Bahasa Melayu dan Multimedia, Sistem Ejaan Jawi,
                Penulisan Bahasa Melayu Profesional, Animasi Kreatif Bahasa Melayu, Bahasa dalam
                Komunikasi Korporat, Penterjemahan Bahasa Melayu, Pembangunan Perisian Kursus
                Bahasa Melayu dan kursus-kursus lain.

           2.   Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu
               Program Sarjana Muda Pengajian Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada masyarakat Melayu yang mendiami alam
                Melayu sama ada sebagai majoriti atau minoriti. Bidang yang menjadi tumpuan ialah
                budaya sebagai cara hidup, bahasa sebagai alat komunikasi, kesenian sebagai unsur
                ekspresif dan kreatif dan kesusasteraan sebagai pemikiran aras tinggi. Kursus-kursus
                yang ditawarkan merangkumi Tamadun Melayu, Pengajian Melayu Berteraskan Islam,
                Teori  Pengajian  Melayu,  Dunia  Melayu,  Identiti  Melayu,  Sosiologi  Bahasa,  Sejarah
                Kesusasteraan Melayu, Seni Melayu dan Islam, Industri Kreatif Melayu, Bahasa dan
                Komuniti  Melayu,  Pengurusan  Sumber  Sejarah  Pengajian  Melayu,  Pemodenan  dan
                Perubahan  Orang  Melayu,  Ekonomi  Melayu,  Budaya  Politik  dan  Kepimpinan
                Melayu. Pendekatan yang digunakan adalah bersifat multidisiplin.

           3.   Jabatan Linguistik Melayu
               Program Sarjana Muda Linguistik Melayu

               Program  ini  menumpukan  pengajian  kepada  disiplin  linguistik  global  dan  bahasa-
               bahasa  rumpun  Austronesia  dan  Alam  Melayu,  iaitu  seperti  Pengantar  Linguistik
               Melayu,  Pertembungan  Bahasa,  Morfologi,  Pragmatik,  Dialektologi,  Kaedah
               Penyelidikan Linguistik, Leksikologi, Penulisan Dokumen Khusus, Linguistik Bandingan,
               Fonologi, Etnolinguistik, Psikolinguistik, Penyelidikan Lapangan, Sosiolinguistik, Aspek
               Linguistik  Bahasa  Klasik,  Sejarah  Linguistik,  Linguistik  dan  Budaya,  Fonetik,
               Kompetensi  Komunikatif,  Linguistik  Korpus,  Linguistik  Teks,  Semantik,  E-Linguistik,
               Tipologi Bahasa, Sosiologi Bahasa dan Perbandingan Sistem Antara Bahasa.

           4.   Jabatan Kesusasteraan Melayu
               Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal dengan penumpuan
                kepada tiga jurusan utama, iaitu sastera teras dan pengajaran sastera pengurusan dan
                pemasaran sastera; dan sastera kreatif dan penyuntingan sastera. Pemahaman dan
                penguasaan terhadap Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori Sastera, Kritikan Sastera
                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11