Page 5 - Maklumat Am
P. 5

LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


           Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan
           Lembaga  Pengajian  mengenai  Akademi  Pengajian  Melayu.  Pada  masa  itu,  Akademi
           Pengajian  Melayu  memberi  tumpuan  kepada  kegiatan  penyelidikan,  penerbitan,  dan
           pendokumentasian,  iaitu  sebagai  pelengkap  kepada  fungsi  yang  dijalankan  oleh  Jabatan
           Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan
           Pengajian  Melayu  dan  Akademi  Pengajian  Melayu  bergabung  dengan  rasminya  untuk
           menjadi satu institusi akademi di Universiti Malaya. Kegiatan utama APM terbahagi kepada
           dua bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.
           Bahagian Pengijazahan terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Linguistik Melayu,
           Jabatan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sosio-Budaya dan Jabatan Kesenian Melayu. Mulai
           tahun 2012, Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan Kesenian Melayu telah disatukan
           dari  segi  pengurusan  dan  membentuk  Jabatan  Sosio-Budaya/Kesenian  Melayu.    Jabatan
           Penyelidikan,  Jabatan  Dokumentasi  dan  Jabatan  Penerbitan  diletakkan  di  bawah
           tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.

           MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

           Menjadi  pusat  kecemerlangan  Pengajian  Melayu  dalam  penyebaran  dan  pengayaan  ilmu
           penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan, dan kegiatan-kegiatan akademik yang lain, dan
           secara  khusus  meletakkan  sumbangan  Islam  sebagai  asas  penting  demi  memberikan
           sumbangan kepada negara dan kesejahteraan sejagat.







































                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10