Page 103 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 103

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU

                       ESTETIKA ISLAM DALAM SENI BINA DAN SENI TAMAN
                                         Wan Salleh Wan Ibrahim
                                 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya



        Istilah `estetika’ boleh dihubungkaitkan dengan, atau mempamerkan unsur-
        unsur kecantikan’.


        Kejadian alam semesta adalah ciptaan serba cantik Maha Penciptanya.
        Dari Hadis Qudsi terungkap `Allahu Jamilun Yuhibul Jamal’ (Allah itu Maha
        Cantik dan beliau mengesyur Kecantikan-Kesempurnaan). Oleh itu aktiviti
        mencipta karya-karya cantik Islami juga dikaitkan dengan tiru-tiruan dari ciri-

        ciri Maha Penciptanya. Ini menjadikan ciptaan berciri keramat dan luhur.


        Bila Nabi Muhammad SAW dibawa malaikat untuk menjelajah syurga,
        beliau ditanya para ilmuan kecantikan (connoisseur), apa yang lihatnya.
        Beliau menjawab, adanya taman-taman hijau, air mengalir bersama kubah
        dan pergola sebagai kawasan kerihatan para penduduk syurga. Oleh itu,
        struktur masjid di ciptakan kubah sebagai pelindung penggunanya. Ini juga
        menjadi warisan arkitek Mimar Sinan (Turki).



        Ilham seni bina dan seni pertamanan Islam berasal dari seni taman Parsi
        yang dirujuk sebagai taman paradeiza (firdaus) yang dibina untuk menghiasi
        halaman istana raja-raja Parsi. Kawasan tamannya luas serta dipagari
        setiap penjuru. Fungsinya adalah untuk rihat dan bersenang-senang para
        kerabat diraja sahaja. Rekabentuk taman ini adalah yang mempunyai empat
        petak (charbagh) dengan saluran air beserta pokok dan bungaan. Ilham
        yang sama diadakan para pemerintah (emir) dan khalifah Islam di Samara
        (Iraq) dan Granada (Spanyol).























                 Di Granada, contoh yang paling menarik adalah seperti berikut.



























                                                                                                 103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108