Page 105 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 105
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU DI BUMI SINGAPURA
Dr. Mardian Shah Omar
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Pada 5 hingga 7 Disember 2024 baru-baru ini, Dr. Mardian Shah Omar
telah dijemput buat kali ketiganya bagi mewakili Malaysia dalam Asia-
Pacific Symposium on the Teaching of Asian Languages (APSTAL)
sempena Centre of Language Studies International Conference 2024,
yang telah diadakan di National University of Singapore (NUS).
Persidangan yang bertemakan "Evolving Trends in Foreign Language
Education: Past Lessons, Present Reflections, Future Directions" telah
mengumpulkan seramai 117 orang peserta daripada 25 buah negara
dunia. Selain dijemput sebagai pembentang kertas kerja yang
membicarakan tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa asing, Dr
Mardian Shah juga diundang sebagai panel meja bulat yang mengupas
tajuk “Bridging Language and Culture in Language Education:
Enhancing Student-Teacher Engagement and Wellbeing”.
Perbincangan meja bulat ini turut disertai oleh wakil dari Korea, Hong
Kong, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Singapura sendiri. Dalam
persidangan ini, Dr. Mardian Shah telah membentangkan kertas kerja
yang bertajuk “Comparison of Malay Vowel Sounds by Foreign Students
Through Spectrographic Analysis”. Banyak ilmu dan penyelidikan terkini
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai
bahasa kedua dibicarakan sepanjang persidangan ini. Sesungguhnya
persidangan ini dapat menunjukkan perkembangan dan kemajuan
Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa dunia yang lain.
Persidangan ini juga telah memberi ruang dalam meluaskan jaringan
kenalan dengan sarjana-sarjana yang datang dari pelbagai negara
termasuklah Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, Russia, New
Zealand, Australia, Morocco, United Kingdom dan banyak lagi.
105