Page 107 - Bulletin_APM_Nov_Dis2024
P. 107
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
BAJAU LAUT: WARISAN BUDAYA MARITIM YANG TERANCAM
Dr. Abdul Muqit Muhammad
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Adaptasi dan Ketahanan Komuniti
Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk identiti Bajau Laut.
Kajian linguistik menunjukkan bahawa variasi dialek dalam kalangan komuniti
ini menjadi sempadan budaya yang membezakan mereka daripada komuniti
lain. Dalam interaksi dengan masyarakat luar, kod peralihan sering digunakan
untuk menyesuaikan diri dengan konteks sosial dan politik (Yakin & Mahali,
2007).
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Bajau Laut telah menunjukkan
adaptasi dan ketahanan yang luar biasa. Kajian oleh Bellina (2016)
mencatatkan bagaimana mereka menyesuaikan strategi mencari makan dan
pola migrasi untuk bertahan dalam persekitaran yang berubah. Walau
bagaimanapun, perubahan ini sering datang dengan kos kepada identiti
budaya mereka yang makin terpinggir. Melepasi sebuah pekan kecil
Semporna, Sabah.
Pengkaji telah tiba di Kampung Air, Semporna, Sabah bagi menjalankan
tinjauan awal penyelidikan berkaitan masyarakat Bajau laut di Sabah selama
empat hari bermula dari 1 Oktober sehingga 4 Oktober 2024. Bajau Laut, atau
dikenali sebagai Sama Dilaut, adalah salah satu komuniti maritim yang unik di
Asia Tenggara. Mereka terkenal dengan kehidupan nomadik di atas perahu,
bergantung sepenuhnya kepada laut untuk kelangsungan hidup. Komuniti ini
terutamanya menetap di kawasan perairan Sabah, Filipina, dan Indonesia,
namun menghadapi pelbagai cabaran termasuk status tanpa negara
(statelessness), marginalisasi, dan tekanan globalisasi sehingga menghimpit
kehudpan dan kebudayaan mereka. Tulisan ini akan mengutarakan beberapa
cabaran yang dihadapi oleh masyarakat ini.
107