Page 46 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 46
Jendela Kreatif
EKSPERIMEN SENI DAN PENEROKAAN KREATIF
Sabzali Musa Kahn
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Karya semawi berasal daripada kata akar “langit”, juga merujuk kepada unsur ketuhanan,
kerohanian atau hal-hal dari alam tinggi. Gabungan senawi dan galaksi juga memberi
ruang untuk catan yang berjiwa spiritual tetapi bertenaga kosmik. Galaksi digunakan
sebagai latar dengan elemen simbolik seperti jambatan cahaya menuju alam semawi dan
menyampaikan kebesaran penciptaan melalui visual langit dan semesta. Warna dan
cahaya dalam karya ini juga menjurus kepada menghayati makna penciptaan. Dari latar
gelap kekosongan semesta, lahir pusaran galaksi yang bersinar dan simbol kepada
keagungan Allah SWT menciptakan alam daripada tiada. Setiap percikan bintang adalah
zikir alam, dan cahaya di tengah galaksi menjadi metafora kepada nur Ilahi yang
menghidupkan segalanya.
Tajuk karya: Samawi 1, oleh Sabzali Musa Kahn, 2024
Tajuk karya: Samawi 2, oleh Sabzali Musa Kahn, 2024
46

