Page 43 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 43

DARI GURU BIASA HINGGA KE PROFESOR EMERITUS
                                 Mohamad Mokhtar Abu Hassan
                        Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur




                            Timang tinggi-tinggi,
                            Sampai cucur atap,
                            Bila besar nanti,
                            Nak jadi guru maktab.


                            Orang haji dari Jeddah,
                            Buah kurma melambak-lambak,
                            Kerja guru bukannya mudah,
                            Bagai kerja menolak ombak.

                            Guru mendidik bagaikan dian menyinari,
                            Menerangi kegelapan di malam hari,
                            Walaupun membakar diri sendiri,
                            Agar muridnya bersinar di kemudian hari.

                            Pak Ali berternak dan bertani,
                            Dibantu oleh anak dan isteri,
                            Belajar masuk universiti cita-cita murni,
                            Untuk ubah nasib keluarga dan diri sendiri.

                            Tinggi Himalaya dari gunung Sakti,
                            Puncak memutih senjanya merah,
                            Universiti Malaya banyak berbakti
                            Bermula belajar hingga jadi pensyarah.


                            Pisang emas dibawa belayar,
                            Masak sebiji di atas peti,
                            Yuran asrama ada masa tak mampu bayar,
                            Yang penting dapat belajar di universiti.

                            Terbit fajar mencari sukun,
                            Amat payah untuk bertemu,
                            Belajar mengajar sentiasa kutekun,
                            Dibimbing pensyarah yang tinggi ilmu.

                            Jika bercakap waktu mengundi,
                            Akan ditegur para pemerhati,
                            Master di UM Australia PhD,
                            Dibiayai sepenuhnya pihak universiti.


                            Tinggi-tinggi pokok palas
                            Tinggi lalang dari selasih,
                            Jasa universiti tidak terbalas
                            Akan kujulang setinggi kasih.


                            Harimau mengaum di tepi perigi,
                            Seluruh maya berhati-hati,
                            Hiduplah UM tunggak tertinggi,
                            Seluruh dunia akan menghormati.

                            Rumpunan kektus di pinggir pekan,
                            Keliling taman pokok selasih,
                            Profesor Emeritus anugerah dikurniakan,
                            Setinggi penghargaan tandanya kasih.

                            Terbang sekawan burung merpati,
                            Ditemani sekawan burung kedidi,
                            Dekan APM dan semua rakan yang baik hati,
                            VC, Pengurusan UM, para Dekan yang baik budi.





                                                                                                  43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48