Page 48 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 48

AIR MATA SEHELAI KERTAS KOSONG

                                              Juwairiah Osman
                       Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur






           Pada musim luruh yang lalu, aku berangan-angan ingin ke sebuah negara yang dikata
           matahari terbit indah nian sekali. Jepun diberi nama. Seberang memanggilnya Jepang.
           Jika disebut "Japan" nampak aksi lagak mat salleh celup, bukan?

           Tapi peliknya akan takdir ini kadangkala. Sukar untuk ditafsir apa yang diberi. Tiba-tiba
           aku direzekikan melawat negara yang         dimomokkan dengan "lautan hiburan" dan
           kosmetik, iaitu Korea. Aku menerima hadiah daripada majikan aku kerana aku berjaya
           menyiapkan sebuah buku akademik yang diperlukan organisasi dalam tempoh yang
           diberikan. Aku sendiri tidak sangka bahawa kerja ikhlasku itu membuahkan hasil yang
           bermakna.


           Maklumlah aku tidak pernah pergi ke mana-mana negara yang jauh dari negaraku. Aku
           berasa gembira bercampur sedih kerana hadiah itu hanya untuk aku seorang. Ke mana-
           mana saja aku pasti membawa keluarga, maka perlulah aku bersedia sedikit kewangan
           membawa mereka.

           Sudah lama aku tidak membuat pasport. Girang pula aku rasa. Seperti nak melompat-
           lompat kegirangan.

           Setelah mendapat perkhabaran itu, aku mula bertanya kepada rakan-rakankku yang
           pernah singgah di bumi sakura.


           "Assalamualaikum, Aliya. Aku nak pergi Korea bulan depan. Boleh tak kau share dengan
           aku tempat-tempat yang best untuk aku pergi?"

           "Waalaikummussalam. Hai, Jue. Oh, kau nak pergi Korea. Kau pergi dengan keluarga
           atau tempat kerja?"


           "Aku dapat hadiah daripada bos aku. Sebab aku berjaya siapkan buku yang dieorang
           minta. Tapi…,aku bawa family juga. Guna costing sendirilah. Hehe."


           "Ooo, macam tu. Aku sebenarnya tak pasti tempat mana yang kau suka. Lagipun aku
           pergi Korea tu dah lama. Kau cuba pergi melawat Jeju Island, Hongdae, Starfield Library
           dengan Bukchon Hanok Village.

           Dengar saja penjelasan kawan aku tu, terus aku plan dan bincang dengan suami aku ke
           mana nak pergi nanti.

           Yang penting… kami nak pastikan masa di sana nanti, macam-macam yang kami nak
           buat untuk pastikan percutian kami betul-betul seronok. Orang kata kalau kita puas
           bercuti, kesihatan kita makin baik. Wajah pun ceria. Yang paling best nanti pergi kerja pun
           semakin seronok juga.

           Aku duduk di sudut jendela dan aku termenung seketika. Aku tidak sangka helaian
           kosong yang sebenarnya aku simpan berbulan-bulan tanpa mengarang apa-apa akhirnya
           terhasil sebuah naskhah buku setebal 250 halaman. Buku itu buku akademik berfokus
           kepada aspek linguistik. Fuh, bukan mudah nak menulis sebenarnya!


           Apatah lagi buku berkenaan ilmiah yang penuh dengan fakta, susunan struktur ayatnya,
           dan kelangsungan koheren topik awal hingga akhir yang mencapai objektif pelajar-
           pelajar. Meskipun aku seorang pensyarah kanan, tetapi sesuatu buku yang perlu
           dihasilkan tidak mudah untuk ditulis begitu sahaja tanpa ilmu, kecekalan, pengalaman,
           motivasi dan integriti yang kuat. Begitulah diriku. Aku tidak menyangka perkara yang
           begitu susah akhirnya mendatangkan sesuatu yang tidak disangka.

           Mungkin bagi sesetengah orang, hadiah tajaan ke luar negara perkara biasa. Apatah lagi
           bagi orang kaya yang telah beratus kali merantau dunia. Tapi pada yang belum pernah
           merasa, sudah tentu seperti durian runtuh orang kata, bukan?




                                                                                                  48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53