Page 50 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 50

IZINKAN AKU BERPALING DARIMU
                                Asep Yudha Wirajaya (sambungan 2)




        Hari-hari berikutnya di Cappadocia terasa seperti dunia kayangan Aireen.
        Mikail, yang awalnya hanya seorang klien, mulai menjadi pemandu tidak
        rasmi baginya. Dia membawa Aireen ke Uchisar Castle untuk melihat
        matahari terbenam, di kota bawah tanah Kaymaklı yang penuh sejarah,

        dan bahkan ke tempat-tempat tersembunyi yang jarang dikunjungi orang.
        Mereka berbahagi cerita sepanjang perjalanan. Mikail bercerita tentang
        kehidupannya yang tidak selalu indah, bagaimana dia kehilangan ibu
        bapanya semasa kemalangan sewaktu dia masih kecil dan dia membina
        empayar butiknya seorang diri, sementara Aireen bercerita tentang
        mimpinya yang sederhana, iaitu mengabadikan keindahan dunia melalui
        kameranya.
        “Apa yang membuat awak memilih fotografi?” Suara Mikail bergema
        ketika mereka berjalan di Love Valley.
        “Fotografi mengajarkan saya untuk melihat dunia dengan lebih berhati-
        hati,” Ada nada tegas Aireen dan bunyi berpendirian. “Saya suka

        bagaimana setiap momen boleh diabadikan, bahkan yang paling
        sederhana sekalipun.”              Mikail mengangguk perlahan, seolah-olah
        memahami setiap kata yang dilontarkan Aireen.
        Pada malam di Cappadocia, Mikail mengajaknya ke sebuah bukit kecil di
        Göreme untuk melihat bintang. Langit malam itu begitu jernih, dipenuhi
        ribuan bintang yang bersinar dan terang.
        “Terima kasih sudah membuat projek ini lebih dari sekadar pekerjaan,”
        mata Mikail melirik panjang. Aireen menoleh kepadanya. “Apa maksud
        awak?”

        “Biasanya, setiap sesi bergambar hanya tentang hasil akhir. Tapi dengan
        awak, saya berasa setiap prosesnya bererti bagi saya. Awak bukan
        sahaja memotret, tetapi juga memberi makna pada setiap gambar.”
        Aireen terdiam, merasa hangat oleh kata-kata itu.
        “Terima kasih. Tetapi projek ini juga istimewa bagi saya. Cappadocia
        adalah mimpi saya sejak lama.”
        Mikail tersenyum. “Mungkin ini baru permulaan. Mimpi lain akan datang
        selepas ini.”
        Mereka duduk dalam keheningan, memandang langit malam. Aireen
        menyedari bahawa Cappadocia bukan hanya memberi mimpi, tetapi juga
        perasaan yang tak pernah dia duga selama ini.

        Hari-hari berikutnya membuatkan hubungan mereka semakin dekat.
        Mikail sering menghabiskan waktu berbicara dengan Aireen selepas
        penggambaran. Mikail menunjukkan koleksi rekaan yang sedang dia
        hasilkan dan meminta pendapat Aireen. Namun, keakraban hubungan
        mereka itu membawa mereka ke jurang konflik.
        Pada hari terakhir mereka di Cappadocia, Aireen menerima panggilan
        mendadak daripada seorang wartawan. Dia meminta pengesahan
        tentang khabar angin bahawa Mikail sedang menghadapi tuduhan
        plagiarisme atas beberapa rekaannya. Aireen terkejut dan terus mencari

        Mikail.
        “Apa maksud semua ini, Mikail? Mereka memberitahu rekaan awak
        bukan asli,” ternyata Aireen begitu kecewa.
        Wajah Mikail berubah tegang. “Siapa yang memberitahu awak?”
        “Itu tidak penting. Adakah ini benar?”


                                                                                                  50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55