Page 3 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 3

5.5    Memberi  kesedaran dan  kefahaman terhadap peranan Juruteknologis Makmal  Universiti
                           Malaya.

                    5.6    Menyuarakan pendapat dan menjelaskan dasar dan pendirian ahli-ahli kepada badan-badan
                           yang berkaitan.

                    5.7    Menerbit  kertas  saintifik,  jurnal  dan  bahan-bahan  lain  untuk mempertingkatkan matlamat

                           PJMUM dengan kebenaran pihak berkuasa.
                    5.8    Membina, menyelenggara atau mengubahsuaikan sebarang rumah, bangunan atau kerja-kerja
                           bagi mencapaikan matlamat PJMUM.

                    5.9    Memiliki,  membeli,  memajak, menjual harta alih atau tak alih termasuk bangunan, tanah;

                           melabur dan meminjam dengan syarat hasil keuntungan dari aktiviti ini tidak boleh dibahagikan
                           kepada ahli.
                    5.10   Menerima  sumbangan, penajaan dan  membuat kutipan derma dengan syarat  mendapat

                           kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


                6.  KEAHLIAN


                    6.1    Ahli Biasa

                           Keahlian biasa akan dibuka kepada Pembantu Makmal Universiti dan Juruteknologis Makmal
                           Universiti Malaya yang :

                               a)  telah disahkan dalam jawatannya dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
                                  pengalaman dalam bidang teknologi makmal atau

                               b)  ada bukti untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10)
                                  tahun pengalaman dalam bidang teknologi makmal di sesebuah Institusi yang diikhtiraf

                                  oleh Jawatankuasa.
                    6.2    Fellow

                           Keahlian Fellow akan dibuka kepada Ahli Biasa PJMUM yang telah mengemukakan satu artikel
                           berhubung dengan sains teknologi dan sebahagian besar kandungannya bercirikan teknologi

                           dan memberikan bukti atas keunggulannya serta merupakan satu sumbangan bermakna kepasa
                           keilmuan subjek berkenaan dan telah diterima untuk terbitan satu jurnal sains yang dapat

                           diterima oleh Jawatankuasa.





                                                2 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   1   2   3   4   5   6   7   8