Page 4 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 4

6.3    Fellow Kehormat
                           Fellow Kehormat akan dianugerahkan kepada  orang-orang yang termuka dan yang  telah

                           memberi perkhidmatan cemerlang dalam bidang sains teknologi makmal.


                7.  PEMILIHAN KEAHLIAN

                    7.1    Setiap pemohon untuk keahlian selain daripada keahlian Fellow Kehormat hendaklah mengisi
                           dan mengembalikan borang permohonan yang dikeluarkan oleh PJMUM.
                    7.2    Permohonan baru hendaklah dibuat oleh setiap pemohon untuk menukar keahlian dari satu

                           kategori ke kategori lain.

                    7.3    Setiap permohonan selain daripada Fellow Kehormat hendaklah dicadang dan disokong oleh
                           dua (2) orang Ahli Biasa.
                    7.4    Permohonan untuk  keahlian Biasa hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa.  Jawatankuasa

                           boleh menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa alasan.

                    7.5    Permohonan untuk keahlian Fellow hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa. Keputusan
                           Jawatankuasa adalah muktamad.

                    7.6    Apabila seseorang diterima sebagai ahli, notis  secara bertulis akan disampaikan kepadanya
                           berserta dengan senaskah undang-undang PJMUM.

                           Pembayaran yuran masuk dan yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat
                           dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis. Hanya selepas penerimaan yuran keahlian

                           pertama barulah seorang pemohon tersebut menjadi ahli PJMUM dan terikat kepada undang-
                           undang PJMUM dan  menikmati segala hak, keistimewaan,  tanggungjawab dan tanggungan

                           keahlian.
                    7.7    Fellow  Kehormat akan dibuat/lantik di dalam  Mesyuarat Agung Tahunan atas syor-syor

                           Jawatankuasa.


                8.  YURAN MASUK DAN YURAN KEAHLIAN


                    8.1    Tahun kewangan PJMUM adalah dari 1hb Januari hingga 31hb Disember setiap tahun.
                    8.2    Yuran masuk adalah RM5.00 untuk semua kelas keahlian.

                    8.3    Yuran tahunan bagi setiap kelas keahlian hendaklah dibayar dengan satu bayaran seperti
                           berikut:




                                                3 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   1   2   3   4   5   6   7   8   9