Page 9 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 9

c)  Setiausaha Kehormat hendaklah bertanggungjawab menguruskan segala surat menyurat
                               PJMUM mengikut cara dan aturan yang mana diarahkan oleh Jawatankuasa. Beliau juga

                               akan menyimpan buku daftaran semua ahli PPPSUM.
                           d)  Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk

                               Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM, Setiausaha Kehormat hendaklah memberitahu secara

                               bertulis kepada semua ahli mengenai tarikh yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Tahunan
                               mengikut peruntukan undang-undang.
                           e)  Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung

                               Tahunan, Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada semua ahli PJMUM:

                                 i.   Laporan Jawatankuasa dan kegiatan PJMUM bagi tahun berkenaan.
                                 ii.   Penyata akaun untuk tahun lepas yang telah diauditkan.
                    13.4   Penolong Setiausaha Kehormat

                               Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah membantu Setiausaha Kehormat dalam semua

                               tugas beliau dan memangku jawatan dalam ketiadaan Setiausaha Kehormat.
                    13.5   Bendahari Kehormat

                           a)  Bendahari Kehormat hendaklah bertanggungjawab atas semua kutipan dan kemasukan
                               rekod tabung PJMUM dan akan mengeluarkan resit-resit bagi sebarang penerimaan.

                           b)  Bendahari Kehormat hendaklah membuka akaun seperti  mana yang diarahkan oleh
                               Jawatankuasa dan memasukkan semua wang yang diterima bagi pihak PJMUM. Semua cek

                               yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani  oleh  Bendahari Kehormat,  Presiden dan
                               Setiausaha  Kehormat. Bendahari Kehormat boleh  menyimpan sejumlah RM150 (Ringgit

                               Malaysia Seratus Lima Puluh) sahaja bagi perbelanjaan wang runcit.
                           c)  Bendahari Kehormat akan bertenggungjawab dalam penyediaan semua penyata akaun.

                    13.6   Penolong Bendahari Kehormat
                               Penolong Bendahari Kehormat hendaklah membantu Bendahari Kehormat dalam semua

                               tanggungjawabnya dan akan memangku sebagai Bendahari Kehormat dalam ketiadaannya.
                    13.7   Pengarang Kehormat

                           a)  Pengarang Kehormat hendaklah bertanggungjawab bagi penerbitan jurnal, majalah dan
                               rumusan mesyuarat saintifik PJMUM seperti mana yang diarahkan oleh Jawatankuasa dari

                               masa ke semasa.
                           b)  Pengarang Kehormat hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan hendaklah

                               memegang jawatan sehingga penerbitan terakhir dan memegang jawatan untuk satu tahun.


                                                8 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14