Page 8 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 8

12.7   Jawatankuasa berkuasa bertindak bagi pihak PJMUM dalam semua perkara yang tidak disebut
                           dalam undang-undang ini. Tindakan  sedemikian hendaklah dibawa ke perhatian Mesyuarat

                           Agung untuk kelulusan.
                    12.8   Jawatankuasa berkuasa pada bila-bila masa membentuk atau melantik sesiapa untuk memberi

                           khidmat nasihat kepada Jawatankuasa mengenai sebarang perkara. Jawatankuasa juga berhak

                           dari masa ke semasa menurunkan kuasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik bagi
                           tempoh masa dan kuasa yang terhad.
                    12.9   Jawatankuasa berkuasa memutuskan undi sulit secara pos atas sebarang perkara penting untuk

                           mengetahui pandangan ahli-ahli.

                    12.10  Jawatankuasa berkuasa menubuhkan atau membubarkan sebarang Jawatankuasa Kecil yang
                           mempunyai kepentingan sendiri dalam sesuatu bidang teknologi makmal saintifik.

                    12.11  Jawatankuasa berkuasa meluluskan semua penerimaan dan perbelanjaan PJMUM yang tidak
                           melebihi RM5000. Perbelanjaan yang melebihi RM5000 pada suatu masa hendaklah diluluskan

                           oleh Mesyuarat Agung.


                13. KUASA DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PJMUM


                    13.1   Presiden
                           a)  Presiden PJMUM hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat umum dan mesyuarat

                               Jawatankuasa PPPSUM.
                           b)  Presiden mempunyai kuasa untuk memangggil mesyuarat Jawatankuasa.

                           c)  Presiden  mempunyai hak  pengundian penentuan selain dari hak  mengundi sebagai ahli
                               Jawatankuasa.

                    13.2   Naib Presiden
                               Naib Presiden akan membantu Presiden dalam semua tugasnya dan akan memangku dalam

                               ketiadaan Presiden.
                    13.3   Setiausaha Kehormat

                           a)  Setiausaha Kehormat hendaklah bertanggungjawab atas pemangggilan semua mesyuarat
                               umum PJMUM dan semua mesyuarat Jawatankuasa.

                           b)  Setiausaha Kehormat hendaklah  menyimpan semua minit  Mesyuarat Agung Tahunan
                               PJMUM dan Mesyuarat Jawatankuasa. Beliau  hendaklah memberi  maklumat tentang

                               kegiatan PJMUM kepada semua ahli.


                                                7 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13