Page 5 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 5

Jenis keahlian     Yuran

                                                   Ahli Biasa        RM36.00
                                                   Fellow            RM60.00


                    8.4    Yuran masuk perlu dibayar dengan penuh pada tarikh permohonan dibuat. Yuran tahun pertama

                           bagi keahlian baru ialah baki jumlah tempoh tahun berkenaan dikira dari hari pertama bulan
                           permohonan  itu  diluluskan  oleh  Jawatankuasa.  Bayaran  ini  hendaklah  dibuat  dengan  satu

                           bayaran.
                    8.5    Semua yuran semasa, selain daripada ahli baru, hendaklah dijelaskan sebelum 1hb Jun bagi

                           tahun berkenaan.
                    8.6    Fellow Kehormat dikecualikan dari membayar yuran masuk atau yuran keahlian.

                    8.7    Ahli-ahli hendaklah membayar yuran kepada Bendahari Kehormat atau kepada pengutip yang
                           ditauliahkan oleh Jawatankuasa. Bendahari Kehormat atau pengutip yang ditauliahkan itu akan

                           mencatat dan mengeluarkan resit bagi jumlah yang diterima.
                    8.8    Seseorang  ahli yang gagal menjelaskan yurannya bagi tempoh lebih dari enam (6) bulan dengan

                           secara automatik lucut keahliannya dan hilang semua hak-hak  sebagai ahli. Ia tidak boleh
                           diterima semula sebagai ahli sehingga semua tunggakan yuran itu dijelaskan dengan penuh,

                           melainkan Jawatankuasa memutuskan sebaliknya.
                    8.9    Jawatankuasa mempunyai kuasa dalam kes istimewa untuk mengurangkan kadar yuran keahlian

                           atau mengecualikan ahli-ahli dari membayar yuran sementara.


                9.  KEISTIMEWAAN, HAK-HAK DAN KEWAJIPAN AHLI-AHLI


                    9.1    Ahli Biasa dan Fellow layak mengundi dan memegang jawatan. Mereka akan diberi sijil keahlian

                           yang akan menjadi hak milik PJMUM dan ianya perlu dikembalikan apabila tamat keahliannya.
                    9.2    Setiap Fellow berhak untuk menggunakan gelaran Fellow Persatuan Juruteknologis  Makmal

                           Universiti Malaya (FPJMUM) dalam tempoh keahlian mereka.
                    9.3    Fellow Kehormat berhak menikmati segala faedah dan keistimewaan seperti ahli-ahli lain kecuali

                           ia tidak boleh mengundi atau memegang jawatan.
                    9.4    Sekiranya terbukti bahawa sesiapa yang menjadi ahli dengan memberi maklumat palsu, ia akan

                           dipecat.




                                                4 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10