Page 6 - PERLEMBAGAAN JURUTEKNOLOGIS MAKMAL
P. 6

9.5    Jawatankuasa  mempunyai  kuasa  untuk  menggantung  faedah atau  memecat keahlian  atau
                           menghalang dari  memegang jawatan seseorang  ahli yang pada pendapat  Jawatankuasa

                           bersalah untuk memburukkan nama baik PJMUM atau bertindak bertentangan dengan undang-
                           undang atau melibatkan  diri dalam  memburukkan, menfitnah atau  mencerca PJMUM atau

                           pegawainya atau polisi PJMUM.

                    9.6    Ahli-ahli yang dipecat, digantung atau dihalang boleh  merayu kepada  Mesyuarat Agung
                           Tahunan. Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan adalah muktamad.
                    9.7    Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sebarang dokumen atau surat pekeliling mengenai

                           PJMUM melainkan dokumen atau surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa atau

                           Mesyuarat Agung Tahunan, seseorang ahli atau ahli-ahli tidak boleh mengumumkan hal-hal atau
                           urusan PJMUM kepada badan-badan lain atau jurnal atau akhbar tanpa kelulusan Jawatankuasa.
                    9.8    Adalah kewajipan setiap ahli untuk memastikan bahawa yurannya dijelaskan dengan tetap dan

                           resit diperolehi. Tanggungjawab bagi  menjelaskan yuran-yuran dengan menepati masanya

                           adalah terletak kepada seseorang ahli dan bukanlah tanggungjawab PJMUM.
                    9.9    Membayar dan  menggantikan kepada PJMUM sebarang kerugian atau kemusnahan yang

                           dialami oleh PJMUM akibat dari kecuaian seseorang ahli atau wakilnya, jika kecuaian tersebut
                           adalah bercanggah dengan undang-undang PJMUM.

                    9.10   Seseorang ahli boleh  menamatkan keahliannya dengan memberi notis secukupnya kepada
                           Jawatankuasa. Ia boleh diterima semula atas budi bicara Jawatankuasa.

                    9.11   Keahlian akan dihentikan  berbangkit dari  kematian, disingkirkan, atau disabitkan kesalahan
                           dalam mahkamah yang mana pada pendapat Jawatankuasa melibatkan moral dan akhlak.


                10. KELAKUAN PROFESSIONAL


                    10.1   Ahli-ahli hendaklah sentiasa menjaga imej PJMUM dan mematuhi undang-undang pada setiap

                           masa.
                    10.2   Seseorang ahli PJMUM tidak boleh menandatangani sebarang sebarang kontrak atau jaminan

                           dengan menggunakan nama PJMUM  atau bertindak mempunyai demikian tanpa kebenaran
                           secara bertulis dari Jawatankuasa.







                                                5 | P ER L EM B A G A A N   J U R U T E K N O L O G I S M AK M AL
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11