Page 17 - Pelan Strategik ICT
P. 17

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)






           Encik Muhammad Aminudin Bin Razali
           Ketua Bahagian Multimedia
           Pusat Teknologi Maklumat






           3.10 BAHAGIAN MULTIMEDIA (BMM)


           3.10.1 Latar Belakang


                   Bahagian  Multimedia    telah  ditubuhkan  pada  akhir  tahun  2009.  Bahagian  ini  ditubuhkan
                   bagi  membolehkan  segala  aplikasi  berkenaan  bahan  dan  kandungan  digital  dapat
                   dibangunkan  dengan  sempurna  dan  bersepadu.  Bahagian  ini  juga  bertanggungjawab
                   terhadap  segala  keperluan  kandungan  digital  Universiti  Malaya  seperti  membangunkan
                   bahan  multimedia  interaktif  dan  menghasilkan  poster,  iklan,  grafik  website  dan  fotografi,
                   Perkhidmatan Video Pengajaran dan Pembelajaran bagi menambahbaik proses pendidikan
                   dan sebagainya.


          3.10.2 Fungsi-fungsi


                 •    Menyediakan  kemudahan  dan  sokongan  bagi  staf  akademik  menyediakan  bahan
                          persembahan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran.

                 •    Menyediakan panduan penggunaan serta beroperasi sebagai pusat rujukan kepada staf
                         akademik  dalam  merekabentuk  dan  membangunkan  bahan  multimedia  interaktif  yang
                        bersesuaian.

                 •    Membangunkan  bahan  persembahan  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  bentuk
                        multimedia interaktif seiring dengan perkembangan teknologi e-pembelajaran.


                 •      Merancang, mengurus dan menyedia secara usahasama membangunkan bahan video dan
                         audio digital untuk pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan matlamat pelaksanaan
                        e-Pembelajaran memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.


                 •      Menyediakan  perkhidmatan  rakaman  video,  webcast  dan  sidang  video  bagi  keperluan
                        Universiti Malaya.



















                                                           15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22