Page 12 - Pelan Strategik ICT
P. 12

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)






           Puan Nor’ain Mohamed
           Ketua Bahagian Sistem Maklumat Pentadbiran
           Pusat Teknologi Maklumat






           3.7 BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT PENTADBIRAN (BSMP)


           3.7.1 Latar Belakang


                   Bahagian  Sistem  Maklumat  Pentadbiran,  dahulunya  dikenali  sebagai  Bahagian  Aplikasi
                   Pentadbiran,  telah ditubuhkan pada tahun 2002. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap
                   pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi pentadbiran, secara umumnya berkaitan
                   staf, kewangan dan fasiliti.  Bahagian ini terdiri daripada:


                   •   Seksyen Sistem Sumber Manusia
                   •   Seksyen Sistem Kewangan
                   •   Seksyen Sistem Fasiliti

                   Semenjak  beberapa  tahun  lalu,  Bahagian  Sistem  Maklumat  Pentadbiran  telah  membantu
                   PTj mengotomasi dan melaksanakan  beberapa proses pentadbiran secara atas talian. Di antara
                   sistem yang dibangunkan untuk menyokong keperluan tersebut  ialah :

                   •   Sistem Maklumat Pengurusan Universiti Malaya yang membantu pihak pengurusan
                           memantau petunjuk prestasi utama PTj
                   •   Sistem Kedatangan dan Cuti  Staf
                   •   Sistem Penilaian Prestasi Online
                   •   Sistem Pengisytiharan Harta
                   •   Sistem e-Recruitment untuk permohonan  jawatan di UM
                   •   Sistem Gaji
                   •   Sistem Akaun Pelajar
                   •   Sistem Kedatangan Pelajar
                   •   Sistem Smart Card



           3.7.2 Fungsi-fungsi

                   •   Membangunkan sistem aplikasi bertaraf enterprise yang menyokong proses pentadbiran
                      universiti.
                   •   Melaksana dan mengurus sistem aplikasi yang dibangunkan selaras dengan keperluan
                      fungsi teras.
                   •   Mengurus integriti dan integrasi sistem aplikasi
                   •   Menyediakan perkhidmatan konsultasi teknikal kepada PTj
                   •   Bekerjasama dengan PTj mengadakan taklimat, latihan dan roadshow bagi sistem aplikasi
                      yang dibangunkan





                                                           10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17