Page 10 - Pelan Strategik ICT
P. 10
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Puan Haslina Abdul Hamid
Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Pusat Teknologi Maklumat
3.5 BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN (BPP)
3.5.1 Latar Belakang
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ditubuhkan pada 1 Oktober 2009. Secara amnya bahagian
ini bertanggung jawab bagi merancang, mengurus, menyedia, membekal, menyelenggara
dan membaikpulih peralatan ICT seperti komputer, komputer riba dan pencetak yang
digunakan oleh kakitangan akademik dan pentadbiran bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Disamping itu, bahagian ini menyediakan perkhidmatan bantuan ICT kepada warga UM yang
datang ke kaunter khidmat pelanggan PTM atau yang menelefon talian hotline kami.
Bahagian ini juga mengurus dan memantau penyelesaian aduan ICT yang dibuat oleh warga
UM.
3.5.2 Fungsi-fungsi
• Memperoleh, mengagih dan membaik-pulih peralatan ICT Universiti seperti komputer
meja desktop, komputer riba notebook dan pencetak.
• Menyediakan perkhidmatan bantuan pengguna melalui kaunter, talian telefon, bengkel
komputer dan pasukan bergerak.
• Menyediakan perkhidmatan kad kampus bagi staf, pelajar, pesara, pelawat, ahli luar
perpustakaan dan PTj.
• Menyediakan perkhidmatan pinjaman komputer dan projektor LCD.
• Menggubal dan menggariskan polisi dan peraturan berkaitan penggunaan dan
penyelenggaraan peralatan ICT Universiti .
• Melaksanakan projek rollout yang berkaitan dengan penggunaan komputer.
• Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan ICT.
8