Page 8 - Pelan Strategik ICT
P. 8
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Cik Junnaini Ismun
Ketua Bahagian Pengurusan Pusat Data
Pusat Teknologi Maklumat
3.4 BAHAGIAN PENGURUSAN PUSAT DATA (BPPD)
3.4.1 Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Pusat Data (BPPD) bertanggungjawab memastikan data dan maklumat
dalam bentuk digital milik Universiti Malaya disimpan dalam infrastruktur yang mantap dan
sentiasa mudah dicapai (highly available) secara selamat (secure) oleh entiti-entiti yang telah
dikenalpasti melalui akses yang dikawal.
Bahagian ini bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelenggara dan mengawasi
peralatan Pusat Data, seperti pelayan (server), storan (storage) dan perkakasan (equipment/
appliance) berkaitan, agar fungsi dan kapasitinya mampu menyokong dan diskalakan
(scaleable) untuk keperluan sistem- sistem aplikasi utama sedia ada dan yang dirancang oleh
Universiti Malaya dalam menyokong perkhidmatan teras Universiti.
Untuk menyokong kesinambungan urusan pentadbiran (business continuity) perkhidmatan
teras Universiti, BPPD juga bertanggungjawab merancang dan menyediakan Tapak
Pemulihan Bencana untuk menghadapi kemungkinan dan meminimakan kesan bencana
(disaster) ke atas perkhidmatan teras Universiti.
6