Page 5 - Pelan Strategik ICT
P. 5

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)





            2    |  Ringkasan Eksekutif








                 Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (ICT)  memainkan
          peranan penting dalam kejayaan secara berterusan Universiti Malaya
          (UM).    Bagi  UM  untuk  melonjak  di  kalangan  100  universiti  utama
          dunia  dalam  jangka  dua  atau  tiga  tahun  ini,  sokongan  dan
          perkhidmatan  ICT  makin  meningkat  kepentingannya.  Warga
          Universiti  sentiasa  bergantung  kepada  Desktop  PCs,  komputer
          riba  atau  alat  peranti  mudah  alih  untuk  dihubungkan  kepada
          talian  untuk  mendapat  akses  kepada  pelbagai  perkhidmatan
          seperti  emel,  UMExpert,  UMPortal,  Digital  Library  atau  salah
          satu  dari  beratusan  aplikasi  yang  sedia  ada.  Setelah  diberi
          mandat, PTM bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan
          sentiasa  berada  pada  tahap  mudah  capai  yang  tinggi.  Aplikasi
          dan  perkhidmatan  baru  sentiasa  diperlukan  oleh  pengguna
          dan  PTM  menghadapi  cabaran  untuk  menyediakan  kesemua
          perkhidmatan dalam tempoh yang tersingkat.


          Pelan  Strategik  ICT  merupakan  satu  komitmen  PTM  untuk  mempertingkatkan  perkhidmatan  ICT
          sedia  ada  di  universiti.  Pelan  Strategik  ICT  menyediakan  kerangka  untuk  merevolunisasikan  dan
          melonjak  kedepan  sokongan  dan  perkhidmatan  yang  sedia  ada.    Oleh  kerana  UM  merupakan
          sebuah  universiti  yang  tertua  di  Malaysia,  maka  kebanyakan  infrastruktur  ICT  dan
          perkhidmatan yang sedia ada perlu berubah sejajar dengan perubahan terkini.  Oleh yang demikian,
          sudah  tiba  masanya  perkhidmatan  ICT  di  revolunisasikan  dengan  tema  ”Revolusi  bukan
          evolusi”.  Beberapa perubahan utama telah dicadangkan bagi infrastruktur ICT serta untuk menukar
          proses universiti kepada secara berkomputer sepenuhnya dalam merealisasikan inisiatif tanpa kertas.

          Sokongan  dan  perkhidmatan  ICT  sangat  bergantung  kepada  bajet  untuk  merealisasikan
          pelan  ICT  di  UM.  UM  membelanjakan  sejumlah  RM12  juta  setiap  tahun  untuk  membiayai
          pembangunan  infrastruktur  rangkaian,  pembelian  PC,  komputer  riba,  pelayan  dan  peralatan
          berkaitan  yang  lain,  akses  internet,  fasiliti  pusat  data  dan  lesen  perisian.  Walaupun  bajet
          telah  dikurangkan,  adalah  wajar  pembelanjaan  berhemah  diamalkan  tanpa  memkompromikan
          keperluan  meningkatkan  kualiti  perkhidmatan  dan  prasarana.    Ini  merupakan  satu  cabaran
          bagi PTM. Oleh itu, Pelan Strategik ICT telah digubal untuk menyahut cabaran ini.





          Dr.David Asirvatham
          Pengarah
          Pusat Teknologi Maklumat








                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10