Page 7 - Pelan Strategik ICT
P. 7
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
Encik Abdul Salam Zainal
Ketua Bahagian Rangkaian
Pusat Teknologi Maklumat
3.3 BAHAGIAN RANGKAIAN (BR)
3.3.1 Latar Belakang
Bahagian Rangkaian bertanggungjawab bagi perancangan, pembangunan dan
penyelengaraan rangkaian kampus termasuk kampus cawangan. Kini terdapat hampir
800 unit perkakasan rangkaian yang dipantau dan diselenggara oleh staf rangkaian.
Bagi memudahkan para pelajar melayari internet, sebanyak 1100 unit Access Point (AP)
wireless dan 12 unit Controller dipasang dan diselenggara oleh staf bahagian ini. Kemudahan
ini juga boleh digunakan oleh semua staf Universiti Malaya.
Selain itu, Bahagian rangkaian juga bertanggungjawab terhadap:
i. Permantauan talian internet
a. Kampus Utama : 1000Mbps
b. Kampus Kota : 8Mbps
c. Kampus Nilampuri : 8Mbps
d. Asrama Hospital Kelang : 4Mbps
ii. Pemantauan dan penyelenggaraan perkakasan firewall, Network Box, Intrusion Prevention
System dan Virtual Private Network (VPN).
3.3.2 Fungsi-fungsi
• Merekabentuk dan melaksanakan proses implementasi infrastruktur rangkaian.
• Menyediakan laluan capaian ke internet untuk seluruh kampus termasuk kampus cawangan.
• Menyediakan kemudahan rangkaian wayar dan tanpa wayar (wireless) untuk staf dan
pelajar
• Menyedia dan menyelenggara perkhidmatan rangkaian lain seperti CCTV, Door Access dan
lain-lain .
• Memantau keselamatan rangkaian, Firewall, Rangkaian Private Network (VPN) dan Intrusion
Prevention Systems (IPS).
5