Page 9 - Pelan Strategik ICT
P. 9
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
3.4.2 Fungsi-fungsi
• Mengenalpasti, merancang dan mengaplikasi teknologi baru perkakasan dan perisian pusat
data yang berprestasi tinggi, boleh-skala (scalable) dan selamat (secure) untuk digunakan
oleh Pusat Data PTM bagi menyokong aplikasi dan perkhidmatan ICT Universiti Malaya.
• Mengenalpasti dan mengaplikasikan teknologi bersesuaian untuk melancarkan dan
meningkatkan kepuasan pengguna (user experience) semasa menggunakan sistem
aplikasi yang dibangunkan oleh PTM dengan teknologi bersesuaian. Contohnya,
penggunaan UMMail dipertingkatkan dari segi user experience dengan aplikasi teknologi
seperti load balancer (untuk meningkatkan availability) dan teknologi penapisan spam
(untuk mengurangkan junk email).
• Menyelenggara dan mengawasi kemudahan infrastrukur pusat data yang terdiri
daripada pelayan, perisian dan peralatan yang menyokong aplikasi dan perkhidmatan
ICT Universiti bagi memastikan availability, prestasi, kapasiti dan keselamatan pelayan,
perkakasan dan aplikasi berada pada tahap yang tinggi.
• Mengurus menyelenggaraan dan memantau penggunaan Storage Area Network dan
Infrastrukur Virtualisasi bagi mencapai objektif pemusatan storan dan pelayan (storage and
server consolidation).
• Mengurus backup dan restore aplikasi dan pangkalan data.
• Menyediakan perkhidmatan DNS untuk kampus (um.edu.my).
• Mengurus perkhidmatan Webhosting untuk PTj –PTj di Universiti Malaya.
• Membangun, menyelenggara dan memantau infrastruktur pelayan bagi Tapak Pemulihan
Bencana.
• Menyumbang kearah pengujian Pelan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Plan) dengan
menguji pemulihan aplikasi dan pangkalan data.
• Mengurus perjanjian bagi khidmat sokongan, pembaharuan lesen dan perlanjutan waranti
bagi pelayan, pangkalan data dan perisian.
• Mengurus bilik pelayan dari aspek keselamatan, kapasiti, kebersihan dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
• Memantau fasiliti persekitaran (environmental facility) seperti sistem hawa dingin, sistem
pencegah kebakaran dan UPS (Uninterruptable Power Supply) di Pusat Data.
7