Page 13 - Pelan Strategik ICT
P. 13

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)






           Puan Marina Mansor
           Ketua Bahagian Sistem Maklumat Pelajar
           Pusat Teknologi Maklumat






           3.8 BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR (BITMAP)


           3.8.1 Latar Belakang


                   Bahagian Sistem Maklumat Pelajar atau BITMAP ditubuhkan pada tahun 2011 bagi memenuhi
                   keperluan  terhadap  perlunya  aplikasi  bersepadu  yang  lengkap  dalam  menyokong  kitaran
                   proses  maklumat  pelajar.  Pada  asalnya,  bahagian  ini  merupakan  sebahagian  daripada
                   Bahagian Aplikasi Pentadbiran dan dikenali sebagai Seksyen Aplikasi Pelajar (SAP). BITMAP
                   bertanggungjawab  dalam  pembangunan  dan  penyelenggaraan  sistem  khusus  bagi
                   pengurusan  maklumat  dan  rekod  pelajar.  Bahagian  ini  terdiri  daripada  tiga  seksyen  yang
                   menyediakan perkhidmatan yang saling berinteraksi seperti berikut:

                   •   Seksyen Sistem Ijazah Dasar
                   •   Seksyen Sistem Ijazah Tinggi
                   •   Seksyen Sistem Akademik dan Hal Ehwal Pelajar

                   BITMAP  secara  amnya  menyediakan  aplikasi  yang  menyokong  keseluruhan  aktiviti  secara
                   bersepadu  bermula  daripada  proses  permohonan  kemasukan  calon  sehingga  pelajar
                   menamatkan pengajian dan menjadi alumni universiti.


                   Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (ISIS) merupakan sistem teras BITMAP yang mengandungi
                   5  modul  utama  iaitu  Modul  Kemasukan,  Modul  Pendaftaran,  Modul  Jadual  Waktu,  Modul
                   Peperiksaan  dan  Modul  Konvokesyen.  Selain  itu  sistem  aplikasi  lain  adalah  seperti  Sistem
                   Penasihat  Akademik,  Outcome  Based  Education  System  (OBE)  dan  Modul  Hal  Ehwal  Pelajar.































                                                           11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18