Page 14 - Pelan Strategik ICT
P. 14
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
3.8.2 Fungsi-fungsi
• Menganalisa, merekabentuk, membangun dan menyelenggara aplikasi berasaskan Oracle
Client dan web bagi menyokong keperluan kakitangan dan pelajar.
• Menganalisa, merekabentuk, membangun dan menyelenggara data pelajar menggunakan
Oracle Database.
• Mengkaji, merancang dan menaiktaraf aplikasi yang dibangunkan bagi memenuhi
keperluan teknologi semasa.
• Mengkaji dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada pengguna dalam perancangan
pembangunan sistem dan pelaksanaan polisi universiti agar kedua-duanya seiring.
• Memberi khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan berkaitan aplikasi yang
dibangunkan oleh BITMAP.
• Mengkaji dan memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan aplikasi yang
dibangunkan oleh Pusat tanggungjawab (PTj).
• Mengkaji, merancang dan melaksanakan integrasi antara sistem yang dibangunkan oleh
BITMAP dengan sistem yang dibangunkan oleh Pusat teknologi Maklumat dan sistem
yang dibangunkan oleh Pusat tanggungjawab (PTj).
• Menyediakan aplikasi dan/atau membekalkan data kepada kementerian, jabatan kerajaan
dan agensi luar.
12