Page 23 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 23
MAKLUMAT AM IJAZAH TINGGI
1. Pendaftaran
(1) Calon program Ijazah Sarjana Mod Campuran hendaklah mendaftar
untuk program pengajiannya tidak lewat daripada dua minggu dari
tarikh permulaan semester di mana ia telah ditawarkan kemasukan ke
program pengajian tersebut.
(2) Calon program Doktor Falsafah dan Sarjana Mod Campuran boleh
mendaftar untuk program pengajian tersebut pada bila-bila masa
asalkan ianya tidak melebihi enam bulan daripada tarikh tawaran
kemasukan dibuat.
(3) Calon Tahun Akhir yang diterima masuk akan diberi Surat Tawaran
Bersyarat. Surat tawaran rasmi hanya akan diberi jika calon
mengemukakan keputusan tentang penganugerahan Ijazah pertama
oleh Senat Universiti berkenaan. Tiada seorang calon pun boleh
dibenarkan menjalani kursus melainkan ia telah menyempurnakan
pendaftaran dan menjelaskan yuran serta bayaran lain yang
diperlukan.
(4) Seseorang calon Ijazah Sarjana (Secara Penyelidikan), selepas
kemasukan mungkin dikehendaki mengaudit beberapa kursus ijazah
tinggi sebagaimana yang ditetapkan oleh Akademi Pengajian Islam
sekiranya Akademi berpendapat bahawa calon tersebut tidak
mempunyai pengetahuan yang memadai dalam sesuatu kursus
tertentu di peringkat ijazah Sarjana Muda.
2. Pembaharuan Pencalonan
(1) Calon program Ijazah Sarjana Mod Campuran hendaklah
memperbaharui pencalonannya tidak lewat daripada dua minggu dari
tarikh pemulaan semester yang berkenaan. Kegagalan untuk berbuat
demikian boleh menyebabkan pencalonannya diluputkan.
(2) Calon program Doktor Falsafah dan Sarjana (Secara Penyelidikan)
hendaklah memperbaharui pencalonannya tidak lewat dari tujuh
minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.
(3) Bagi program secara Penyelidikan, laporan kemajuan mestilah diisi
secara online pada akhir setiap semester sebelum dibenarkan
memperbaharui pendaftaran. Program secara Kursus dan
Penyelidikan, laporan kemajuan mesti diisi apabila calon telah
memasuki bahagian II iaitu bahagian penyelidikan. Calon yang tidak
mengisi borang laporan kemajuan, secara automatiknya tidak
dibenarkan mendaftar untuk semester baharu.
23