Page 25 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 25

6.   Penamatan Pencalonan

                         (1)   Calon yang ditamatkan pengajian kerana gagal dalam peperiksaan
                               atau  atas  alasan  selain  daripada  gagal  dalam  peperiksaan  boleh
                               diterima masuk semula ke program pengajian ijazah yang berlainan.

                         (2)   Bagi mereka yang ditamatkan pengajian oleh Universiti atas alasan
                               selain  daripada  gagal  dalam  peperiksaan,  boleh  memohon  untuk
                               dipertimbangkan  masuk  semula  ke  program  pengajian  ijazah
                               tertakluk kepada syarat ia hendaklah mengikuti program pengajian
                               yang berlainan.

                    7.   Gugur dan Tambah Kursus

                          (1)   Seseorang  calon  ijazah  tinggi  dibenarkan  membuat  gugur  dan
                               tambah kursus, tertakluk kepada peraturan maksimum-minimum jam
                               kredit kursus. Calon tidak dibenarkan membuat pendaftaran baru bagi
                               mana-mana kursus selepas minggu ketiga (3) semester berkenaan.
                               Penarikan  diri  daripada  mana-mana  atau  semua  kursus  tidak
                               dibenarkan selepas akhir minggu ketujuh (7) semester berkenaan.

                    8.   Yuran

                          (1)   Calon hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang
                               kena dibayar kepada Universiti pada masa permulaan pendaftaran
                               atau  pada  masa  memperbaharui  pencalonan  melainkan  ia
                               dikecualikan daripada mana-mana yuran atau bayaran atau kedua-
                               duanya.

                          (2)   Calon yang hendak menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain
                               yang  kena  dibayar  kepada  Universiti  secara  ansuran  hendaklah
                               membuat  permohonan  di  atas  borang  yang  ditetapkan  yang  boleh
                               diperolehi daripada Pejabat Penolong Bendahari, Institut Pengajian
                               Siswazah Universiti atau mana-mana pegawai atau pusat lain seperti
                               mana yang ditetapkan oleh Universiti.

                          (3)   Calon yang gagal menjelaskan mana-mana yuran atau sebahagian
                               daripadanya  atau  bayaran  lain  atau  sebahagian  daripadanya  yang
                               kena  dibayar  kepada  Universiti  tidak  akan  dibenarkan  menduduki
                               sebarang peperiksaan program pengajian berkenaan.

                          (4)   Bagi calon pascasiswazah, senarai yuran pengajian program boleh
                               didapati di laman sesawang: http://ips.um.edu.my/




                                                                                            25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30