Page 28 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 28
(2) Syarat Bahasa Inggeris dijadikan sebagai Syarat Pendaftaran Bagi
Calon Antarabangsa yang mengikuti program dan atau menulis
disertasi/tesis dalam Bahasa Inggeris. Perkara-perkara yang
digariskan adalah seperti berikut.
(a) Syarat bahasa Inggeris dijadikan sebagai syarat sebelum
mendaftar.
(b) Calon yang mengikuti program dalam bidang selain dari
bidang syariah dan undang-undang dikehendaki
mengemukakan kelayakan IELTS (Academic) sekurang-
kurangnya band 5.5 tau TOEFL skor minimum 550 sebelum
mendaftar
(c) Calon yang mengikuti program dalam bidang syariah dan
undang-undang dikehendaki mengemukakan kelayakan
IELTS (Academic) sekurang-kurangnya band 6.0 tau
TOEFL skor minimum 600 sebelum mendaftar
14. Bahasa Disertasi/Tesis
(1) Disertasi/Tesis hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
15. Penyeliaan
(1) Akademi Pengajian Islam akan melantik sekurang-kurangnya
seorang ahli daripada kakitangan Universiti ini sebagai Penyelia
untuk memimpin dan menyelia kerja-kerja seorang calon. Akademi
Pengajian Islam boleh juga melantik seorang yang berkelayakan dari
luar Universiti ini sebagai seorang Perunding bagi mana-mana calon
yang mengikuti program ijazah tinggi. Perunding akan dilantik pada
masa yang sama dengan pelantikan penyelia.
(2) Penyelia yang dilantik hendaklah mengemukakan suatu laporan
kemajuan secara online terhadap calon tersebut pada setiap
semester kepada Ketua Jabatan.
(3) Calon yang kemajuannya tidak memuaskan boleh ditamatkan
pencalonannya oleh Senat.
16. Penetapan Bidang Penyelidikan dan Tajuk Tesis/Disertasi
(1) Fakulti hendaklah meluluskan bidang penyelidikan untuk
disertasi calon seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual
yang berkenaan kepada Peraturan-Peraturan ini bagi program
pengajian berkenaan.
28