Page 30 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 30

perkataan.Manakala  Program  Doktor  Falsafah  tidak  melebihi
                                     100,000 patah perkataan

                               (c)   Disertasi  bagi  program  Secara  Kursus  Dan  Penyelidikan
                                     hendaklah tidak melebihi 40,000 patah perkataan.

                               (d)   Walau apa pun tersebut dalam C(ii) dan (iii) yang berikut tidak
                                     termasuk dalam had patah perkataan:

                                     (i)   Nota kaki, lampiran, jadual dan rajah; dan

                                     (ii)   Pengeluaran  semula  ataupun  terjemahan  daripada
                                           sebarang teks. Ulasan atau kritik yang dibuat oleh calon
                                           mengenainya  hendaklah  tertakluk  kepada  had  patah
                                           perkataan tersebut.

                               (e)   Calon  yang  ingin  melebihi  had  patah  perkataan  yang
                                     ditetapkan  hendaklah  membuat  permohonan  kepada  Senat
                                     melalui Fakulti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh
                                     penyerahan  tesis/disertasi  untuk  pemeriksaan,  dengan
                                     memberi alasan mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang
                                     yang telah ditetapkan.

                               (f)   Calon tidak boleh menyerahkan sebagai tsis/disertasinya kerja
                                     yang  telah  diserahkan  untuk  ijazah  di  Universiti  ini  atau
                                     universiti lain, tetapi ia tidak dilarang memasukkan mana-mana
                                     bahagian kerja tersebut ke dalam tesis/disertasinya sekiranya
                                     ia  menunjukkan  dengan  terang  dalam  disertasinya  bahagian
                                     kerja yang telah dimasukkan ke dalam disertasi

                               (g)   Calon  boleh  menyerahkan  sebarang  sumbangan  yang  telah
                                     dicetak  dan  diterbitkan  secara  perseorangan  atau  secara
                                     berkumpulan  untuk  peningkatan  bidangnya.  Kerja  yang
                                     dilakukan  secara  berkumpulan  hendaklah  disertakan  dengan
                                     kenyataan  yang  menjelaskan  dengan  terang  bahagian  kerja
                                     yang  dibuat  oleh  calon  sendiri.  Kenyataan  ini  hendaklah
                                     ditandatangani oleh rakan penulis yang lain.

                                     Tesis/Disertasi  atau  sebahagian  daripadanya  yang  telah
                               (h)   diluluskan   dan   kemudiannya   diterbitkan,   hendaklah
                                     mengandungi  kenyataan  yang  terang  bahawa  ianya  telah
                                     dikemukakan  untuk  ijazah  berkenaan  dari  Universiti.
                                     Sepanjang  pengajiannya,  seseorang      calon  boleh,  dengan
                                     persetujuan  Penyelianya,  menerbitkan  kertas-kertas  hasil
                                     kerjanya,  dengan  syarat  rujukan  sewajarnya  diberi  kepada
                                     Universiti   di dalam kertas-kertas itu.

                                                                                            30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35