Page 27 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 27

12.  Keperluan Bahasa Malaysia Untuk Warga Asing

                          (1)   Semua calon ijazah tinggi warga asing disyaratkan menghadiri dan
                               lulus kursus Bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa
                               dan Linguistik  sebelum dianugerahkan ijazah sarjananya melainkan
                               ia  memperolehi  sekurang-kurangnya  gred  lulus  dalam  bahasa
                               Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III Sijil
                               Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa
                               Malaysia Universiti atau peringkat setaraf dengannya,  kecuali calon
                               yang  telah  lulus  Ujian  Pengecualian  yang  diadakan  di  awal  setiap
                               semester. Calon ijazah tinggi boleh memohon untuk mengambil Ujian
                               Pengecualian  yang  juga  dikendalikan  oleh  Fakulti  Bahasa  dan
                               Linguistik  di  awal  setiap  semester.  Jika  calon  lulus  ujian  tersebut,
                               mereka  tidak  perlu  mengikuti  kursus  Bahasa  Malaysia.  Ujian
                               Pengecualian akan diadakan dalam minggu kedua selepas semester
                               bermula.

                          (2)   Kursus  Bahasa  Malaysia  ditawarkan  pada  setiap  semester  oleh
                               Fakulti Bahasa dan Linguistik.

                          (3)   Calon akan diberi Sijil Kehadiran jika telah memenuhi 80% kehadiran
                               dalam kelas ini. Calon yang telah memenuhi 80% kehadiran sahaja
                               dibenarkan menduduki ujian. Di penghujung kursus, calon akan diberi
                               ujian untuk menentukan sama ada lulus atau gagal.

                    13.  Keperluan Bahasa Inggeris Untuk Warga Asing

                          (1)   Syarat Bahasa Inggeris dijadikan sebagai Syarat Pengijazahan Bagi
                               Calon  Antarabangsa  yang  mengikuti  program  dan  atau  menulis
                               disertasi/tesis  dalam  bahasa  selain  dari  Bahasa  Inggeris.  Perkara-
                               perkara yang digariskan adalah seperti berikut.

                               (a)   Syarat bahasa Inggeris dijadikan sebagai syarat pengijazahan.

                               (b)   Calon yang mengikuti program dalam bidang selain dari bidang
                                     syariah  dan  undang-undang  dikehendaki  memperolehi
                                     kelayakan IELTS (Academic) sekurang-kurangnya band 5.0 tau
                                     TOEFL skor minimum 500 sebelum penganugerahan ijazah

                               (c)   Calon  yang  mengikuti  program  dalam  bidang  syariah  dan
                                     undang-undang  dikehendaki  memperolehi  kelayakan  IELTS
                                     (Academic)  sekurang-kurangnya  band  6.0  tau  TOEFL  skor
                                     minimum 600 sebelum penganugerahan ijazah




                                                                                            27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32