Page 31 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 31

Tesis/Disertasi  itu  sama  ada  diluluskan  atau  tidak  untuk
                               (i)   penganugerahan ijazah berkenaan termasuk semua hak harta
                                     intelek  di  dalamnya  hendaklah  terletak  hak  pada  dan  tetap
                                     menjadi hak milik Universiti. Universiti mempunyai hak untuk
                                     menghadkan atau membataskan pencetakan, pemberitahuan
                                     dan  penggunaan,  atau  mana-mana  urusan  dengan  yang
                                     berikut bagi tempoh yang diperlukan untuk maksud melindungi
                                     atau memperolehi hak harta intelek:

                                           (A)   Tesis/Disertasi; atau

                                           (B)   Hasil   yang   membawa    kepada    disertasi
                                                berkenaan; atau

                                           (C)   Kedua-dua yang dinyatakan di atas.

                         18.   Struktur Program Sarjana Mod Campuran

                               Program  Sarjana  Syariah  dan  Sarjana  Usuluddin  Mod  Campuran
                               terdiri daripada 2 Bahagian:

                               (1)   Bahagian I program ini meliputi 22 kredit yang terdiri daripada
                                     kursus-kursus yang diberikan dalam jadual struktur kursus:

                                     (a)  Calon dikehendaki mengambil dua kursus teras (6 kredit),
                                         tiga  kursus  teras  jabatan  (12  kredit)  dan  satu  kursus
                                         pilihan (4 kredit).

                                     (b)  Calon dikehendaki lulus kursus teras sebelum dibenarkan
                                         mendaftar Bahagian II. Calon juga dibenarkan mendaftar
                                         Bahagian II serentak dengan kursus-kursus lain selepas
                                         lulus kursus teras tersebut.

                               (2)   Bahagian II program ini meliputi 22 kredit yang mengandungi
                                     penyelidikan  yang  membawa  kepada  pengemukaan  sebuah
                                     disertasi.

                                     (a)  Tesis/Disertasi  atau  bahagian  daripadanya  yang  telah
                                         diluluskan  kemudian  diterbitkan  hendaklah  dinyatakan
                                         dengan  terang  bahawa  ianya  telah  dikemukakan  untuk
                                         Ijazah PhD/Sarjana Syariah/Usuluddin Universiti Malaya.
                                         Seseorang    calon   sepanjang   pengajiannya   boleh
                                         menerbitkan  kertas-kertas  daripada  kerjanya  dengan
                                         persetujuan Penyelianya, dengan syarat nama Universiti
                                         Malaya dirujuk sewajarnya di dalam kertas-kertas itu.


                                                                                            31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36