Page 29 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 29

(2)     Tajuk  tesis/disertasi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti
                                  untuk  kelulusan  semasa  calon  memberi  notis  untuk
                                  penyerahan.

                    17.  Penyerahan

                         (1)   Seseorang  calon  tertakluk  kepada  syarat-syarat  berikut  berhubung
                               dengan penyerahan disertasinya untuk peperiksaan:

                               (a)   Seseorang  calon  dikehendaki  memberi  sekurang-kurangnya
                                     tiga  bulan  notis  secara  online  untuk  menyerahkan
                                     tesis/disertasinya bagi peperiksaan.

                               (b)   Seseorang  calon  hendaklah  menyerahkan  lima  salinan
                                     disertasinya  untuk  pemeriksaan,  di  mana  satu  daripadanya
                                     hendaklah  merupakan  naskah  asal.  Disertasi  tersebut
                                     hendaklah:

                                     (i)   Didahulukan dengan satu ringkasan yang tidak melebihi
                                           500 patah perkataan;

                                     (ii)   Ditaip  atau  dicetak  2  barisan  langkau  di  atas  kertas
                                           bersaiz A4, kecuali untuk lukisan atau peta  yang tidak
                                           mempunyai  had  saiz  kertas.  Ruangan  berukuran  4
                                           sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri;

                                     (iii)   Dijilid dengan kertas nipis dengan tajuk atau ringkasan
                                           tajuk serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar
                                           pada kulit hadapan; dan

                         (3)   Selepas   tesis/disertasi   telah   diperiksa,   calon   hendaklah
                               mengemukakan  kepada  Universiti  lima  naskah  disertasi  itu  dalam
                               bentuk bercetak dalam format yang dinyatakan di bawah sama ada
                               atau  tidak  disertasi  itu  telah  mencapai  taraf  bagi  penganugerahan
                               ijazah berkenaan atau tidak:

                               (a)   Bagi  program  Secara    Penyelidikan,  naskah  disertasi  dijilid
                                     dalam  kulit  tebal  yang  berwarna  merah  rexine  dan  dicetak
                                     berhuruf besar dengan font 15 Arial Narrow berwarna emas di
                                     kulit  hadapan.Nama  pengarang,  tajuk  yang  lengkap,  tahun
                                     penyerahan dan nama ijazah yang akan dianugerahkan dicetak
                                     dengan  huruf  besar  berwarna  emas  dengan  saiz  huruf  yang
                                     sesuai pada tulang belakang.

                               (b)   Program Sarjana Secara Penyelidikan sepenuhnya hendaklah
                                     menyerahkan   disertasi   tidak   melebihi   60,000   patah
                                                                                            29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34