Page 24 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 24

3.   Pendaftaran Kursus

                         (1)   Calon  untuk  program  ijazah  Sarjana  dikehendaki  mendaftarkan  diri
                               untuk           kursus-kursus yang ditetapkan bagi program sarjana yang
                               dijalani.

                         (2)   Calon diberi tempoh masa selama dua minggu dari tarikh permulaan
                               semester untuk menyempurnakan urusan pendaftaran kursus. Calon
                               yang  tidak  menyempurnakan  pendaftaran  kursus  dalam  tempoh  ini
                               tidak boleh mengikuti kursus tersebut.

                    4.   Pendaftaran Serentak

                         (1)   Seseorang  calon  ijazah  tinggi  tidak  dibenarkan  mendaftar  serentak
                               untuk  program  pengajian  lain  yang  membawa  kepada  sesuatu
                               penganugerahan  ijazah,  diploma  atau  sijil  di  Universiti  ini  atau  di
                               universiti lain.

                         (2)   Dekan, atas persetujuan Fakulti boleh membenarkan seseorang calon
                               ijazah tinggi mendaftar serentak untuk program lain yang membawa
                               kepada ijazah, diploma atau sijil universiti lain dengan syarat:

                               (a)  Calon  itu  telah  mengemukakan  kepada  Fakulti  untuk
                                    pemeriksaan; dan

                               (b)  Program  pengajian  itu  tidak  sama  dengan  program  pengajian
                                    yang didaftarnya di Universiti ini.

                         (3)   Calon  dengan  kelulusan  daripada  Dekan  boleh  mendaftar  dan
                               mengikuti pada mana-mana satu masa, satu program latihan dalam
                               perkhidmatan  yang  diminta  oleh  majikannya  jika  program  tersebut
                               dijalankan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

                    5.   Peluputan Pencalonan

                          (1)   Calon  bertanggungjawab  mematuhi  peraturan  memperbaharui
                               pendaftaran kerana kegagalan berbuat demikian adalah melanggar
                               peraturan  universiti  dan  menyebabkan  pencalonan  diluputkan
                               tanpa sebarang notis. Calon yang tidak menyerahkan disertasi/tesis
                               dalam tempoh yang ditetapkan juga akan luput pencalonannya. Calon
                               yang diluputkan pencalonan daripada universiti tidak akan diterima
                               dalam mana-mana program dalam peringkat pengajian yang sama.




                                                                                            24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29