Page 26 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 26
9. Kehadiran dalam Program Pengajian
(1) Calon hendaklah menghadirkan diri dalam semua program latihan
dan penyelidikan berkaitan dengan program pengajian yang
diikutinya melainkan calon berkenaan diberi cuti sakit atau cuti
bersalin oleh seorang pegawai perubatan atau diberi cuti materniti
oleh majikannya atau diberi kebenaran untuk tidak hadir oleh Dekan
yang berkenaan.
10. Penarikan Diri dari Kursus dan dari Semester
(1) Penarikan dari kursus bermakna penarikan diri dari satu atau lebih
kursus dalam sesuatu semester. Calon boleh menarik diri dari kursus
tidak lewat dari minggu ketujuh semester biasa atau minggu kedua
semester khas. Calon tidak dikenakan yuran pengajian dan rekod
kursus akan dihapuskan.
Calon yang menarik diri dari kursus selepas minggu kuliah kedua
tetapi sebelum minggu kuliah ketujuh semester biasa akan dikenakan
yuran pengajian.
(2) Calon ijazah tinggi hendaklah telah menjalani program pengajiannya
bagi tempoh sekurang-kurangnya satu semester sebelum dibenarkan
untuk menarik diri daripada mana-mana satu semester pengajian
yang berikutnya. Walau apapun yang diperuntukkan di atas, Dekan
boleh dalam keadaan khas membenarkan seseorang calon menarik
diri daripada program pengajiannya pada mana-mana semester.
Tempoh di mana calon telah menarik diri akan diambilkira dalam
tempoh maksimum pengajian calon untuk program pengajian
berkenaan melainkan alasan untuk penarikan diri berkenaan adalah
alasan perubatan.
11. Keperluan Bahasa Malaysia Untuk Warga Malaysia
(1) Calon ijazah tinggi hendaklah mempunyai satu tahap kecekapan
dalam Bahasa Malaysia sebagai memenuhi keperluan
penganugerahan ijazah, iaitu lulus di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau setaraf dengannya atau Peringkat III Sijil Kecekapan
Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia
Universiti atau di peringkat setaraf dengannya. Syarat ini bukan syarat
kemasukan tetapi merupakan syarat penganugerahan ijazah.
26