Page 275 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 275

KURSUS TERAS PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM (68 KREDIT)

                   IIP1001   Rujuk Kursus Teras Syariah
                   IIP1002   Rujuk Kursus Teras Syariah
                   IIQ1001   Rujuk Kursus Teras Usuluddin
                   IIQ1002   Rujuk Kursus Teras Usuluddin
                   IIQ2001   Rujuk Kursus Teras Usuluddin
                   IIQ2004   Rujuk Kursus Teras Usuluddin

                   IIR1001   Sejarah Pendidikan Islam (BM)
                           Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan mempelajari sejarah pendidikan Islam kepada para
                           pelajar sebagai asas pembentukan dan pembinaan sistem pendidikan Islam.  Ia juga
                           memperkenalkan kepada pelajar sejarah pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
                           berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah  serta kesinambungannya pada zaman berikutnya.
                           Pelajar juga dilatih untuk menelusuri kronologi sejarah pendidikan Islam dalam tamadun Islam,
                           menilai kecemerlangan dan kemerosotan pendidikan pada zaman lampau dan mengenal pasti
                           kewujudan pelbagai institusi pendidikan serta golongan yang terlibat dalam membangunkan sistem
                           pendidikan Islam untuk mencapai matlamatnya dan membina masyarakat Islam yang cemerlang.

                           Hasil Pembelajaran
                           Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                           1.   Menjelaskan konsep dan kepentingan sejarah Pendidikan Islam  [C2, P2, A1]
                           2.   Menganalisis sejarah kecemerlangan Pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad dan
                               selepas Baginda [C4, P2, A1]
                           3.   Mengenal pasti institusi-institusi pendidikan dan golongan yang terlibat dalam pendidikan
                               Islam sepanjang sejarah Islam [C2, P2, A1]

                           Rujukan
                           1.   Majid 'Irsan al-Kilani (1987), Tatawwur Mafhum al-Nazariyyah al-Tarbawiyyah al-Islamiyyah,
                               Madinah: Maktabah Dar al-Turath.
                           2.   Mustafa Muhammad Mutawalli (1992), Madkhal Ila Tarikh al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Riyad:
                               Dar al-Khariji.
                           3.   Shalaby, Ahmad (1954), History of Muslim Education in Islam, Beirut: Dar al-Kasysyaf.
                           4.   Hasan Langgulung (1997), Asas-Asas Pendidikan Islam, Cet. Ke-2, Kuala Lumpur: DBP.
                           5.
                           Kemahiran Insaniah
                           1.   Kemahiran Komunikasi: CS3
                           2.   Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
                           3.   Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL2

                   IIR1002   Nahu Wazifi dalam Pendidikan Bahasa Arab (BA)
                           Kursus ini menumpukan perbincangan tentang Nahu Wazifi dalam Pendidikan Bahasa Arab. Antara
                           topik yang berkaitan ialah tajuk-tajuk Nahu yang berbentuk Wazifi (Fungsional) dan aplikasinya
                           terhadap teks-teks rujukan. Selain itu ialah latihan pembinaan dan penelitian ayat Bahasa Arab
                           berasaskan sukatan Bahasa Arab dalam institusi pendidikan.
                           Hasil Pembelajaran
                           Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                           1.   Menjelaskan konsep Nahu Wazifi  dan kaitannya dengan Pengajaran dan Pembelajaran
                               Bahasa Arab [C4, P3, A3]
                           2.   Menghuraikan tajuk-tajuk Nahu yang berbentuk Wazifi (Fungsional) untuk Pendidikan Bahasa
                               Arab [C4, P3, A3]
                           3.   Mengaplikasikan kaedah-kaedah Nahu Wazifi terhadap teks-teks rujukan [C4, P3, A3]

                           Rujukan
                           1.   Reem Bassiouney & E. Graham Katz (2012), Arabic Language and Linguistics, Georgetown:
                               Georgetown University Press.



                                                      275
   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280