Page 289 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 289
7. Begg, A. (Ed.) (2011). Educational Provocations. Auckland, New Zealand: AUT University.
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS2
IIO4002 Teknologi dalam Pendidikan Islam (BM)
Kursus ini menumpukan perbincangan tentang Teknologi dalam Pendidikan Islam. Antara topik
yang berkaitan ialah pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer, kemahiran teknologi
pencarian berasaskan enjin carian, reka bentuk platform pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam menggunakan komputer dan juga reka bentuk laman web pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Selain itu, topik-topik yang berkaitan dengan perisian dan aplikasi internet juga
akan dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep Teknologi dalam Pendidikan Islam [C4, P3, A3]
2. Mereka bentuk platform pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dalam
Pendidikan Islam [C4, P3, A3]
3. Mereka bentuk laman web pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam [C4, P3, A3]
Rujukan
1. Honghua Tan (2012), Technology for Education and Learning, New York: Springer Science &
Business Media.
2. Information Resources & Management Association (2013), K-12 Education: Concepts,
Methodologies, Tools, and Applications, T.T.P.: IGI Global.
3. Raymond S. Nickerson & Philip P. Zodhiates (2013), Technology in Education: Looking Toward
2020, New York: Routledge.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL2
IIO4003 Asas Penyelidikan Pendidikan Islam (BM)
Kursus ini menumpukan perbincangan tentang pandangan alam Islam terhadap Penyelidikan
Pendidikan Islam. Antara topik yang berkaitan ialah konsep, prinsip, bidang, jenis dan kaedah
Penyelidikan Pendidikan Islam. Selain itu, topik-topik yang berkaitan dengan penulisan kertas
penyelidikan juga akan dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan asas konsep Penyelidikan Pendidikan Islam [C4, P3, A3]
2. Merumuskan asas ilmu dan kemahiran menjadi seorang Penyelidik Pendidikan Islam yang
baik berasaskan pandangan alam Islam [P4, A3]
3. Menulis asas kertas penyelidikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam [C3, P3, A2]
Rujukan
1. Ian Menter, Dely Elliot, Moira Hulme, Jon Lewin & Kevin Lowden (2011), A Guide to
Practitioner Research in Education, New York: SAGE.
289