Page 285 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 285
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
3. Kerja Berpasukan: TS2
IIO2002 Metodologi Pengajaran Akhlak dalam Pendidikan Islam (BM)
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan konsep pengajaran akhlak dalam Pendidikan Islam,
termasuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan akhlak. Pendekatan
bimbingan dan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak juga akan dibincangkan.
Pelajar akan didedahkan dengan proses dan strategi penyelesaian akhlak remaja menurut
perspektif Islam.Kursus ini juga akan melibatkan pengaplikasian kaedah pengajaran dan
pembelajaran akhlak secara amali..
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep pengajaran akhlak dalam Pendidikan Islam [C2, P3, A3]
2. Menerangkan akhlak sebagai ilmu utama dalam Pendidikan Islam [C2, P3, A3]
3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran akhlak dalam Pendidikan Islam [C3,
P3, A3]
Rujukan
1. Al-Ghazali, (1993). Ihya' Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah
2. Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah Pedagogi dan Metadologi. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti.
3. Mohd Nasir Omar (2005). Akhlak dan Kaunseling Dalam Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publication And Distributors Sdn Bhd
4. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980). The concept of education in Islam. KualaLumpur:
ABIM
5. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md Yusuf (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran
Interpersonal Guru. Selangor: PTS Profesional.
6. Moore, A. (2012). Teaching and learning: Pedagogy, Curriculum and culture (2nd Ed.). New
York: Routledge.
7. Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin (2011). Mutiara Ihya Ulumuddin. Terj. Shah Alam: Illusion
Network.
8. Bustamam Ahmad,K., & Patrick Jory, P. (Eds.) (2011). Islamic Studies and Islamic Education
in Contemporary Southeast Asia. Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan.
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
2. Kerja Berpasukan: TS2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS2
IIO2003 Psikologi Pendidikan Dari Perspektif Islam (BM)
Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan aspek psikologi pendidikan berasaskan kepada
prinsip-prinsip pendidikan menurut perspektif Islam. Pelajar akan didedahkan matlamat pendidikan
menurut beberapa tokoh pendidikan dalam Islam seperti Al-Ghazali, Al Qabisi, Ibnu Sahnun dan
Ibnu Khaldun. Aspek perkembangan manusia menurut Islam adakan dikupas untuk dihubungkaitkan
dengan proses pembentukan dan perkembangan sikap, personaliti dan tingkahlaku pelajar.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
285