Page 281 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 281
3. Kerja Berpasukan: TS2
PIX1002 Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum (BM)
Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap asas anatomi, fisiologi manusia, prinsip latihan dan
beberapa konsep dalam pembelajaran motor dan biomekanik sukan. Antara topik-topik yang turut
dibincangkan ialah falsafah, konsep dan amalan dalam Pend Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum
khususnya dalam konteks pendidikan. Penekanan juga diberi kepada pentadbiran, pengurusan dan
pelaksanaan Pend Jasmani dan Kokurikulum di sekolah menengah. Selain itu, jenis penyakit,
pemakanan seimbang, pemakanan khas, aktiviti sukan dan ko-kurikulum yang sesuai dan
pengubahsuaian pendekatan dan bahan pengajaran untuk berkeperluan khas turut dibincang.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Memahami tentang matlamat, objektif Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan
program Kokurikulum. [C2, P3, A2]
2. Membincangkan tentang sistem badan dengan kesihatan tubuh badan [C2, P3, A2]
3. Mengamalkan aktiviti sihat dan kerja berkumpulan dalam kehidupan [C2, P3, A2]
4. Merancang aktiviti sukan dan ko-kurikulum yang sesuai untuk amalan kesihatan diri dan
masyarakat. [C2, P3, A2]
Rujukan
1. Mohd Anizu Mohd Nor (2011). Kecergasan Fizikal Ke Arah Hidup Sihat Sepanjang
Hayat.Johor.UTM
2. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Siri Pendidikan Guru.
Shah Alam: Karisma Publication
3. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Siri Pendidikan
Malaysia. Petaling Jaya: Longman
4. Vickerman, P. (2007). Teaching physical education to children with special educational needs.
UK: Taylor & Francis e-Library.
5. Wuest, D.A. & Bucher, C.A. (2000). Foundations to physical education and sports. (12th Ed.)
St Louis: Mosby Co
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS2
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT2
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
4. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS
PIX1003 Falsafah Pendidikan di Malaysia (BM/BI)
Kursus akan membincangkan tentang maksud ilmu falsafah, mengenalpasti cabang-cabang ilmu
falsafah serta perkembangan falsafah pendidikan utama Barat seperti perenialisme, progresivisme,
dan esensialisme yang mempengaruhi perkembangan falsafah pendidikan dunia. Perbandingan
akan dibuat dengan falsafah pendidikan Islam. Tumpuan akan diberi terhadap perkembangan terkini
seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaan KBSM serta KSSM. Kursus ini juga
memberi pendedahan terhadap falsafah pendidikan keperluan khas di Malaysia. Pelajar juga akan
dibimbing untuk mengenal pasti andaian di sebalik pelbagai pendekatan terhadap pengajaran dan
seterusnya menyedari falsafah pendidikan masing-masing.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menafsir makna ilmu falsafah. [C4, A2]
2. Mengenalpasti cabang utama ilmu falsafah. [C4, A2]
3. Membandingbeza falsafah pendidikan Barat dan Timur. [C4, A2]
4. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi falsafah pendidikan dari semasa ke
semasa. [C4, A2]
281