Page 287 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 287
3. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman. Sdn. Bhd.
4. Propham, W.J. (1990). Modern Educational Measurement. Boston: Allyn and Bacon.
5. Propham, W.J. (1995). Classroom assesment. What teachers need to know. Boston: Allyn dan
Bacon.
6. Sa'eda, B., & Phyllis, G.L.C. (2014). Muslim education in the 21st Century: Asian Perspectives.
New York: Routledge.
7. Ragbir Kaur Joginder Singh (2010). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
8. Begg, A. (Ed.) (2012). Educational Provocations. Auckland, New Zealand: AUT University.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT3
3. Kemahiran Kepimpinan: LS2
IIO3003 Program Orientasi Sekolah (Pendidikan Islam) (BM)
Kursus ini memberi ruang kepada para pelajar melakukan lawatan dan amali di lapangan iaitu
sekolah. Para pelajar akan didedahkan dan dibimbing untuk melihat proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Hal ini akan menjelaskan kepada mereka betapa
pentingnya mereka mempunyai hubungan dengan pihak sekolah serta mengasah kemahiran
komunikasi dan kemahiran lain yang dipelajari di universiti. Selain itu, mereka juga dapat mengikuti
perkembangan terkini dan apa yang dilaksanakan oleh pihak sekolah khasnya berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan aspek amalan dan metodologi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di
peringkat sekolah/institusi pendidikan
2. Menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pihak sekolah/institusi pendidikan
Rujukan
1. Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi. (2011), Penyeliaan Guru dalam Pengajaran &
Pembelajaran, Johor: Penerbit UTM.
2. Qais Faryadi (2012), A Guide to Effective Teaching, Nilai: USIM Publisher.
3. Ab Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam, Bangi: Penerbit UKM.
4. Rahil Mahyudin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009), Amalan Pengajaran Berkesan,
Shah Alam: Karisma Publications.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Berkomunikasi: CS1, CS2, CS3
2. Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah: CT1, CT2, CT3
IIO3004 Pemikiran Pendidikan Islam (BM)
Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan mempelajari Pemikiran Pendidikan Islam sebagai
salah satu cara untuk menelusuri perkembangan pendidikan Islam dan sumbangan para tokohnya.
Pelajar akan didedahkan dengan menelusuri latar belakang tokoh-tokoh pemikir Pendidikan Islam
dan karya yang mereka hasilkan. Melalui pengetahuan tentang hal ini para pelajar dapat menilai
dan mengenal pasti tokoh pendidikan Islam dan juga karya serta pemikiran yang mereka wariskan
sebagai panduan untuk memahami dan merencanakan sistem pendidikan Islam. Selain itu, kursus
287