Page 325 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 325
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018
Masalih al-Ammah wa al-Khassah : Majallah al-Syari'ah wa al-Dirasat al-
Islamiyyah. jil 28. bil 93
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
IIP3004 AL-SIYASAH AL-SYARI’AH (BM)
Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang Siasah Syar'iyyah serta beberapa
permasalahan fiqh yang berkaitan dengannya. Kursus ini mengandungi huraian tentang
pengertian Siasah Syar'iyyah dari segi bahasa dan istilah, kaitan siasah dengan sumber-
sumber hukum dan beberapa contoh amalan Siasah Syar'iyyah dalam sistem pemerintahan
negara. Beberapa perbincangan tema utama mengenai Siasah Syar'iyyah turut dibincang.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat;
1. Menjelaskan konsep Siasah Syar'iyyah
2. Membezakan antara konsep Siasah Syar'iyyah dan politik moden
3. Menghuraikan beberapa tema penting dalam kajian Siasah Syar'iyyah
Rujukan
1. Al-Mawardi, Abu Hasan Ali b. Muhammad b. Habib al-Basri al-Baghdadi (1973), al-
Ahkam al-Sultaniyyah. Kaherah; Halabi.
2. Al-Rais, Diya' al-Din (1976), al-Nazariyyat al-Siyasat al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-
Turath.
3. Ab al-Wahab Khalaf (1988), al-Siasah al-Syar'iyyah Fi al-Syuun al-Dusturiyah wa al-
Kharajiyyah wa al-Maliyah, Kuwait: Dar al-Qalam.
4. Abdi Omar Shuriye (2000), Introduction to Political Science : Islam and Western
Perspectives. Kuala Lumpur : Ilmiah Publishers.
5. Abd a-'Al Ahmad 'Atwah (1993), al-Madkhal Ila al-Siyasah al-Syar'iyyah, Riyad: Jami'ah
al-Imam Muhammad Ibn Sa'ud.
6. Bharudin Che Pa & Farizah Zulkafli (2014). Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif
Barat dan Islam: Amalannya di Malaysia. Jurnal Syariah, 22(1).
7. Volpi, F. (Ed.). (2013). Political Islam: a critical reader. London: Routledge.
8. Idris Zakaria (2014). Falsafah Politik Islam dan Kepentingan di Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
IIP3005 AL-‘URF WA AL-MASLAHAH (BA)
Kursus ini bertujuan untuk menghuraikan tentang 'urf (kebiasaan) dan maslahah
(kepentingan) masyarakat sebagai sumber hukum Islam semasa bagi memahirkan pelajar
menggunakannya dalam penyelidikan hukum. Kursus ini mengandungi konsep dan
huraian tentang 'urf dan maslahah dan kedudukan masing-masing sebagai sumber hukum
dalam pembinaan hukum Islam semasa dan setempat. Pembelajaran akan difokuskan
kepada kepada norma-norma kebiasaan, persekitaran dan kepentingan hidup terkini dan
bagaimana menjadikannya sebagai elemen terpenting dalam penentuan hukum Islam
semasa dan setempat melalui kaji selidik lapangan. Kursus ini lebih menjurus kepada
latihan kepada pelajar bagaimana menganalisis hukum Islam semasa berdasarkan kedua-
dua sumber tersebut.
325