Page 32 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 32
BAHAGIAN X
AM
15. Kemasukan pelajar pemerhati
(1) Pelajar Pemerhati ialah seseorang yang diluluskan untuk mengikuti mana-mana
kursus yang ditawarkan bagi program pengajian Ijazah, sama ada atau tidak
untuk tujuan mendapat kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian
Universiti.
(2) Kemasukan pelajar pemerhati hendaklah atas budi bicara Dekan Fakulti.
16. Penamatan pencalonan
Senat berhak menamatkan pencalonan seseorang calon yang didapati telah memberikan
maklumat palsu serta tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti.
17. Kuasa Senat membuat peraturan
Senat boleh membuat peraturan-peraturan pada amnya sebagaimana yang perlu bagi
maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah
ini.
18. Pengecualian pemakaian
Walau apapun dinyatakan di bawah Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya, Senat boleh memberi pengecualian mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah
ini.
19. Pematuhan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti
Setiap calon adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,
Perlembagaan Universiti Malaya, semua Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
lain yang sedia terpakai di Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya
(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
20. Pembatalan
(1) Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah
dengan ini dibatalkan.
(2) Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1), dan tertakluk kepada
pematuhan Akta Doktor Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya, pencalonan seorang calon yang berdaftar di bawah Akta Doktor
Falsafah IX dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hendaklah pada
permulaan Kaedah-Kaedah ini terus mempunyai kuat kuasa dan kesan seolah-
olah calon itu telah berdaftar di bawah Kaedah-Kaedah ini tetapi selepas itu
pencalonan calon itu akan tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini.
32