Page 31 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 31

bagi  jumlah  berasaskan  internet  bagi  Test  of  English  as  a  Foreign
                                 Language (TOEFL);  atau

                          (b)    memperolehi band 6 bagi International English Language Testing System
                                 (IELTS).

                   (2)    Sekiranya  calon  tidak mempunyai  kelayakan  yang  ditetapkan  dalam  perenggan
                          (1)(a) dan (b), calon hendaklah menghadiri mana-mana kursus bahasa Inggeris
                          dan lulus mana-mana ujian bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat sebelum
                          memulakan penulisan tesisnya.

                   (3)    Walau  apapun  yang  diperuntukkan  dalam  subkaedah  (1)  dan  (2),  Fakulti  boleh
                          berdasarkan keperluan program pengajian Ijazah, mengenakan

                          (a)    peringkat kecekapan bahasa Inggeris yang lebih tinggi bagi calon bukan
                                 warganegara Malaysia;
                          (b)    peringkat  kecekapan  bahasa  Inggeris  yang  minimum  bagi  calon
                                 warganegara  Malaysia; atau
                          (c)    syarat minimum bahasa Inggeris sebagai syarat kemasukan ke program
                                 pengajian Ijazah.


                                                    BAHAGIAN VIII
                                                    PEPERIKSAAN


            13.    Peperiksaan

                   Peperiksaan hendaklah diadakan bagi program pengajian Ijazah secara

                   (a)    Penyelidikan; dan

                   (b)    Kursus dan Penyelidikan,

                   yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti
                   Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007.


                                                 BAHAGIAN IX
                                                PENGIJAZAHAN

            14.    Syarat pengijazahan

                   Ijazah boleh dianugerahkan kepada calon yang telah

                   (a)    memenuhi  segala  keperluan  Kaedah-Kaedah  ini  dan  apa-apa  peraturan  yang
                          dibuat di bawahnya;

                   (b)    diputuskan  dan  diperakukan  supaya  dikurniakan  Ijazah  oleh  Jawatankuasa
                          Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat; dan

                   (c)    membayar semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.

                                                                                                 31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36