Page 30 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 30

BAHAGIAN VI
                                      STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

            10.    Struktur program pengajian
                   (1)    Bagi  program  pengajian  Ijazah  secara  Penyelidikan,  calon  dikehendaki
                          menjalankan penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis.
                          Walau  bagaimanapun  calon  boleh  disyaratkan  untuk  mengikuti  kursus-kursus
                          tertentu  sebagaimana  yang  ditetapkan  oleh  Universiti  atau  Fakulti  yang
                          berkenaan.

                   (2)    Bagi  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan,  calon
                          dikehendaki mengikuti program tersebut berdasarkan struktur program pengajian
                          sepertimana  yang  ditetapkan  dalam  Peraturan-Peraturan  yang  dibuat  di  bawah
                          Kaedah-Kaedah ini.


                                                 BAHAGIAN VII
                                               SYARAT BAHASA

            11.    Syarat bahasa Malaysia

                   (1)    Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred
                          lulus  dalam  Bahasa  Melayu  atau  Bahasa  Malaysia  di  peringkat  Sijil  Pelajaran
                          Malaysia  atau  Peringkat  III  Sijil  Kecekapan  Bahasa  Malaysia  atau  Peringkat  III
                          Sijil  Intensif  Bahasa  Malaysia  Universiti  atau  di  peringkat  setaraf  dengannya
                          sebelum dianugerahkan Ijazahnya.

                   (2)    Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dengan memuaskan
                          suatu  kursus  bahasa  Malaysia  yang  dikendalikan  oleh  Universiti  sebelum
                          dianugerahkan  Ijazahnya  melainkan  ia  memperoleh  sekurang-kurangnya  gred
                          lulus  dalam  Bahasa  Melayu  atau  Bahasa  Malaysia  di  peringkat  Sijil  Pelajaran
                          Malaysia  atau  Peringkat  III  Sijil  Kecekapan  Bahasa  Malaysia  atau  Peringkat  III
                          Sijil  Intensif  Bahasa  Malaysia  Universiti  atau  kursus  bahasa  Malaysia  yang
                          diiktiraf oleh Universiti.

                   (3)    Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2) keperluan syarat
                          bahasa Malaysia adalah dikecualikan bagi calon yang telah mengikuti pengajian
                          dalam bahasa kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan.


            12.    Syarat bahasa Inggeris

                   (1)    Calon  bukan  warganegara  Malaysia  yang  memperoleh  ijazahnya  atau  ijazah-
                          ijazahnya  dari  universiti  atau  institusi  pengajian  tinggi  yang  tidak  menggunakan
                          bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa  pengantar  bagi  ijazah  atau  ijazah-ijazah
                          berkenaan  yang  ingin  menulis  tesisnya  dalam  bahasa  Inggeris  atau  di  mana
                          program pengajian Ijazah yang ingin diikutinya dijalankan dalam bahasa lnggeris
                          adalah dikehendaki—

                          (a)    memperolehi  skor  sebanyak  550  untuk  jumlah  berasaskan  kertas,  skor
                                 sebanyak 213 bagi jumlah berasaskan komputer atau skor sebanyak 80
                                                                                                 30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35