Page 27 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 27
“semester biasa” ertinya Semester I atau Semester II sepertimana yang dinyatakan dalam
Jadual Semester;
"Senat" ertinya salah satu Pihak Berkuasa Universiti yang ditubuhkan di bawah
subseksyen 20(1) Perlembagaan;
“sesi akademik" ertinya tempoh pengajian sesuatu program pengajian yang terdiri
daripada dua semester biasa termasuk semester khas;
“tahun akademik" ertinya tempoh dua belas bulan yang tarikh permulaan dan tarikh
akhirnya hendaklah seperti mana yang ditetapkan oleh Universiti;
“tahun kalendar” ertinya jangka waktu (masa) yang tempohnya adalah dua belas bulan;
"tempat pengajian" ertinya Universiti termasuk mana-mana tempat lain yang diluluskan
oleh Universiti;
"tesis" ertinya suatu hasil bertulis dari penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan
dengan program pengajian Ijazah;
"Universiti" ertinya Universiti Malaya.
BAHAGIAN II
PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN
3. Program Pengajian
Program-program pengajian hendaklah diklasifikasikan seperti berikut:
(a) Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan, iaitu program pengajian yang
dilaksanakan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
penghasilan tesis; dan
(b) Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan, iaitu program pengajian
yang dilaksanakan secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan melainkan
kebenaran bertulis telah diperoleh terlebih dahulu, calon hendaklah menjalankan
penyelidikan setelah ia berjaya menyempurnakan semua perkuliahan yang
ditetapkan dalam kurikulum program pengajian yang membawa kepada
penghasilan tesis.
4. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah
seperti berikut:
(a) Ijazah Sarjana; atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; serta
menunjukkan bukti yang mencukupi tentang latihan dan keupayaan untuk
mengikuti program pengajian Ijazah.
27