Page 29 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 29

(3)    Setiap  calon  yang  telah  mendaftar  untuk  program  pengajian  yang  telah
                          ditawarkan kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti.
                   (4)    Mana-mana  calon  yang  gagal  mendaftar  secara  berterusan  dengan  Universiti
                          akan terhenti daripada menjadi pelajar dan namanya akan digugurkan daripada
                          senarai daftar pelajar Universiti.

                   (5)    Walau  apapun  yang  dinyatakan  oleh  subkaedah  (1)  dan  tertakluk  kepada
                          subkaedah (3), Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-
                          mana calon sekiranya pada  pandangan Senat calon  tersebut atas  sebab-sebab
                          akademik  yang  ditentukan  oleh  Senat,  tidak  mampu  meneruskan  program
                          pengajiannya dan nama calon tersebut hendaklah digugurkan dari senarai daftar
                          pelajar Universiti dan calon tersebut hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar
                          Universiti.


                                                 BAHAGIAN IV
                                                  BAYARAN

            6.     Yuran dan bayaran lain
                   Calon hendaklah menjelaskan semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan mengikut
                   peraturan sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya
                   (Ijazah Doktor Falsafah) 2007.

            7.     Hak mengubah kadar yuran dan bayaran lain

                   Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar
                   bayaran lain yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada calon.


                                                     BAHAGIAN V
                                           TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN

            8.     Tempoh program pengajian
                   Calon hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam tempoh yang
                   ditetapkan.

            9.     Tempoh minimum dan tempoh maksimum

                   (1)    Tempoh minimum bagi program pengajian Ijazah adalah selama empat semester
                          biasa melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.

                   (2)    Tempoh  maksimum  bagi  program  pengajian  Ijazah  adalah  selama  enam  belas
                          semester biasa.

                   (3)    Walau  apapun  yang  dinyatakan  dalam  subkaedah  (1)  dan  (2)  dalam  keadaan
                          tertentu Dekan Institut Pengajian Siswazah atau pegawai lain sepertimana yang
                          ditetapkan oleh Universiti boleh melanjutkan tempoh pencalonan yang melampaui
                          tempoh  maksimum  sepertimana  yang  ditetapkan  dalam  subkaedah  (2)  dengan
                          syarat bahawa pelanjutan berkenaan tidak melebihi tempoh dua semester.



                                                                                                 29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34