Page 26 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 26

"kursus" ertinya satu unit pengajian atau latihan yang dijalankan sepanjang satu tempoh
                   yang ditetapkan;

                   "laporan penyelidikan" ertinya hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh calon semasa
                   pencalonannya, dan termasuk kertas penyelidikan, kertas projek, laporan projek dan hasil
                   penyelidikan berkenaan yang dikenali dengan apa-apa jua nama;

                   "Naib Canselor" ertinya ketua pegawai eksekutif dan akademik Universiti yang dilantik di
                   bawah subseksyen 12(1) Perlembagaan;

                   “pemeriksa dalam” ertinya seseorang guru sepenuh  masa atau separuh masa Universiti
                   yang dilantik oleh Fakulti untuk memeriksa sesuatu kursus, sebahagian daripada kursus
                   itu atau tesis calon;

                   “pemeriksa  luar’  ertinya  seseorang  bukan  guru  sepenuh  masa  atau  separuh  masa
                   Universiti yang dilantik oleh Senat untuk memeriksa kursus program pengajian Ijazah atau
                   tesis calon;

                   "Pendaftar" ertinya seorang pegawai Universiti seperti mana yang diperuntukkan di bawah
                   subseksyen 13(1) Perlembagaan;

                   “pengawas”  ertinya  pengawas  dan  termasuk  ketua  pengawas  yang  dilantik  oleh  Naib
                   Canselor daripada kalangan guru sepenuh masa Universiti untuk mengawas peperiksaan
                   program pengajian Ijazah;

                   "penyelia"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan  kakitangan
                   akademik  Universiti  dan  termasuk  Profesor  Emeritus  Universiti,  Profesor  Adjung
                   Universiti,  penyelidik  pasca-doktoral  atau  felo  penyelidik  untuk  menyelia  calon  dalam
                   program pengajiannya;

                   “penyelia  bersama"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan
                   kakitangan akademik yang telah meninggalkan perkhidmatan Universiti di mana khidmat
                   seliaannya  masih  diperlukan  untuk  membantu  calonnya  menyempurnakan  program
                   pengajian dan boleh termasuk kakitangan akademik dari universiti lain yang dilantik;

                   "Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Universiti Malaya;

                   “perunding"  ertinya  seseorang  yang  bukan  kakitangan  akademik  mana-mana  universiti
                   yang  dilantik  oleh  Fakulti  untuk  membantu  dalam  penyeliaan  calon  dalam  program
                   pengajiannya;

                   “program  pengajian"  ertinya  kumpulan-kumpulan  kursus,  latihan  dan  penyelidikan  atau
                   gabungan  kursus,  latihan  dan  penyelidikan  yang  dirancang  dan  ditawarkan  bagi
                   memenuhi keperluan untuk anugerah ijazah;

                   “program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan” ertinya program pengajian yang
                   ditakrifkan di bawah perenggan 3(b);

                   “program pengajian secara Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di
                   bawah perenggan 3(a);

                   "semester' ertinya tempoh tertentu di dalam sesuatu  sesi akademik dan terdiri daripada
                   semester biasa dan semester khas;
                                                                                                 26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31