Page 45 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 45

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
                            (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

            PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh kaedah 17 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah
            Doktor Falsafah) 2007, Senat membuat peraturan-peraturan berikut:

           1.      Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian
                   (1)    Peraturan-Peraturan  ini  dinamakan  Peraturan-Peraturan  Universiti  Malaya
                          (ljazah Doktor Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuatkuasa mulai sesi akademik
                          2007/2008.

                   (2)    Peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua calon program pengajian ijazah
                          Doktor  Falsafah  yang  diterima  masuk  sebelum  dan  pada  sesi  akademik
                          2007/2008 dan selepas itu.

                                                BAHAGIAN II
                                        PERMOHONAN KEMASUKAN

           2.      Iklan dan kemasukan
                   (1)    Program  pengajian  Ijazah  Universiti  hendaklah  diiklankan  dari  semasa  ke
                          semasa.

                   (2)    Permohonan  masuk  ke  program  pengajian  Ijazah  hendaklah  dibuat  melalui
                          borang permohonan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

                   (4)    Permohonan  kemasukan  ke  program  pengajian  Ijazah  hendaklah  sampai  ke
                          Institut Pengajian Siswazah Universiti atau mana-mana pusat sepertimana yang
                          ditetapkan  oleh  Universiti.  Sekiranya  Universiti  menetapkan  tarikh  tutup
                          permohonan  untuk  kemasukan  ke  program  pengajian  Ijazah,  permohonan
                          kemasukan tersebut hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh tutup yang telah
                          ditetapkan.

                                                 BAHAGIAN III
                                                PENDAFTARAN

           3.      Pendaftaran permulaan
                   (1)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Penyelidikan  boleh  mendaftar  untuk
                          program  pengajian  tersebut  pada  bila-bila  masa  asalkan  ianya  tidak  melebihi
                          enam  bulan daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan atau dalam tempoh seperti
                          yang ditetapkan oleh Fakulti di mana program pengajian tersebut diikuti.

                   (2)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  hendaklah
                          mendaftar  untuk  program  pengajiannya  tidak  lewat  dari  dua  minggu  dari  tarikh
                          permulaan  semester  di  mana  ia  telah  ditawarkan  kemasukan  ke  program
                          pengajian tersebut.

                   (3)    Sekiranya  calon  tidak  mendaftar  dalam  tempoh  yang  ditetapkan  atau  dalam
                          mana-mana tempoh penangguhan yang diluluskan maka tawaran kemasukan ke
                          program pengajian Ijazah akan luput dengan sendirinya.
                                                                                                 45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50